Band skramz Malaysia, Piri Reis baru-baru ini telah melancarkan album pertama mereka yang bertajuk Ritma dituruti bersama jelajah ke seluruh Malaysia yang sudah bermula pada 8 Oktober lepas di Moutou, Kuala Lumpur.
Piri Reis band yang berasal dari Shah Alam ini diangotai oleh Mira (vocalist), Paan (guitarist), Arwith (guitarist), Jaka (bassist) dan Park (drummer) terbentuk pada sekitar 2014. Pada awalnya Park, Jaka dan Mira adalah rakan jamming secara suka-suka kerana mereka meminati genre seperti itu. Kemudianya, Park berjumpa dengan Paan di Bundle Park tempat Paan bekerja dan Paan memakai baju band yang Park suka, dari situ mereka mula berbual sehingga Park mengajak Paan untuk jamming sekali hanya untuk suka-suka. Secara kebetulan selepas itu Arwith mesej Park untuk membentuk band screamo di mana penyanyinya adalah perempuan sedangkan pada masa itu Jaka adalah penyanyi band mereka. Mereka berfikir tak salah untuk cuba kerana band mereka pada waktu itu tiada hala tuju, lalu Park mengajak Arwith untuk sertai sesi jamming mereka sehingga terbentuklah band mereka sehingga kini. Ia menjadi semakin serius apabila mereka melancarkan EP pada tahun 2015 dan tidak merancang untuk berhenti bermain.
Kami ada bertanya beberapa soalan berkenaan mereka seperti apakah maksud yang dibawa dengan nama Piri Reis itu?
“The band’s name has nothing to do with his magnificent work or history. We just like the name, it sounds catchy. Mungkin terinspirasi dengan salah satu band screamo favourite kami, Tristan Tzara yang diambil dari nama seorang penyair French.”
Berkenaan dengan album pertama mereka iaitu Ritma, tiada apa-apa tema yang khusus untuk album tersebut yang sudah mula ditulis pada 2017 sehingga 2020. Bagi cover album tersebut pula ideanya datang dari bassist mereka iaitu Jaka, ikan paus di cover itu adalah spesis sperm whale yang mana adalah paus terbesar di dunia. Suara dari sperm whale boleh pergi sejauh 16000km di lautan serta boleh mencapai 140decibel sedangkan telingga manusia hanya boleh menahan sehingga 120decibel sahaja. Melalui gambaran tadi, mereka merasakan sebagai sebuah band mereka mempunyai peluang untuk menyampaikan mesej dengan lagu-lagu mereka sejauh yang boleh seperti sperm whale!
Kami juga bertanya berkenaan ciapan di twitter yang mengatakan Piri Reis ini adalah band feminist punk yang memperjuangkan feminism?
“Hahaha no, we don’t label ourselves as a feminist band if you would like to put it that way. We do believe in equality, humanity and good deeds. And to do good deeds, you dont have to put a label on it. It’s a basic knowledge!”
Jadi bagi korang yang berminat untuk pergi ke Ritma Tour Piri Reis boleh dapatkan tiket di sosial media mereka yang bernama @pirireispunx. Kata-kata terakhir dari Piri Reis mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menyokong mereka dan mereka berharap untuk semua orang untuk saling menjaga serta meraikan perbezaan dan persamaan.
Penulisan artikel oleh @aidihkal