Categories
Musician

FUR

fur

Background Photo by Juliette F on Unsplash


Bagi peminat-peminat muzik indie rock, mereka sudah pasti mengenali kumpulan berasal dari Britain ini.

Bagi mereka yang masih tergapai-gapai mencari kumpulan muzik yang membawa lagu bergenre indie rock yang bertemakan muzik era 60’an, ketahuilah bahawa kumpulan ini merupakan kumpulan yang mereka cari selama ini iaitu kumpulan Fur. Juga dilabel sebagai ‘The Next Beatles’, kumpulan Fur ini baru ditubuhkan pada tahun 2017 dan mula terkenal dengan lagu debut mereka berjudul “If You Know That I’m Lonely”.

Sejarah permulaan kumpulan Fur ini ditubuhkan adalah apabila Will Murray, iaitu vokalis Fur telah bertemu dengan Harry Saunders, pemain gitar utama kumpulan ini hanya melalui halaman pelajar baru universiti mereka. Pada ketika itu, Harry mengetahui bahawa Murray pernah bersama sebuah band bernama Superfood. Lalu dia mula berhubung dengan Murray dan saling berjumpa untuk menulis lagu dan bermain muzik. Kemudian, mereka mengadakan beberapa projek lagu di Brighton dan mula bertemu dengan William Tavener, pemain gitar bass dan Fynn Whelan, pemain drum.

Tidak dinafikan ada sesetegah orang yang meminati alunan muzik yang romantik, menenangkan jiwa dan juga dapat mengingatkan kepada sesebuah kenangan. Kumpulan Fur mempunyai lagu-lagu yang lengkap dan dapat didengari oleh semua orang.

Sebagai contoh, lagu yang berjudul “Not Enough” dari kumpulan Fur ini mempunyai elemen-elemen muzik yang romantik dan menenangkan. Namun begitu, hanya elemen muziknya sahaja kedengaran romantik. Tidak pada liriknya.

Pada tahun ini, walaupun dunia sekarang sedang bergelut dengan pandemic wabak Covid-19, kumpulan Fur masih Berjaya mengeluarkan album terbaru mereka berjudul “Facing Home”. Lagu-lagu ini semua ditulis semasa mereka semua sedang menjalani kuarantin di rumah.

Apa yang lebih menarik lagi, lagu-lagu di dalam album ini sesuai dengan mengikut mood para pendengar. Jika anda seperti dilamun cinta, lagu berjudul “You” amatlah sesuai didengari.

Dengan alunan muziknya yang menenangkan, ia dapat membuatkan anda seolah-olah sedang berlari di taman bunga.   Untuk pengetahuan anda semua, kumpulan Fur pernah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2019 sewaktu mereka melakukan Konsert Jelajah Asia.

Konsert Fur telah diadakan di Skyark Event Space Kuala Lumpur.


Artikel oleh @HamidHafiz3

(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)