Categories
Musician

HINDIA

“Aku dipanggil Hindia sebab orang tak tahu nama sebenar aku.”

“Aku dipanggil Hindia sebab orang tak tahu nama sebenar aku.”

Hindia atau nama sebenar Daniel Baskara Putra ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan produser yang berasal dari Jakarta, Indonesia.

Idea untuk menggunakan nama pentas sebagai Hindia muncul apabila beliau melihat nama Hindia Belanda pada sebuah lukisan bersejarah. Baskara mencari perkataan Hindia di Google dan beliau ingin mencipta sejarah dengan conquer nama itu di internet (Hindia yang asal berkait tentang penjajahan).

Hindia merupakan vokalis kumpulan Feast yang dianggotai oleh 5 orang ahli. Feast ditubuhkan pada tahun 2014 semasa mereka bersama masih belajar di universiti. Sebelum mereka mencipta lagu-lagu yang bergenre indie rock, Feast sering menggunakan muzik rock dan metal sebagai latihan di studio.

Dengan karier solo, Hindia telah menambahkan 5 anggota dengan menubuhkan sebuah band bernama Lomba Sihir yang selalu mengiringnya bersama di pentas. Bersama Lomba Sihir, mereka mengeluarkan debut album bertajuk Selamat Datang di Ujung Dunia pada tahun ini.

Walaupun masih menganggotai Feast, Baskara menggunakan nama Hindia sebagai alter ego untuk karier solonya pada 2018 dengan lagu debut bergenre R&B/soul, “No One Will Find Me.” Dengan lagu itu, nama Hindia lebih dikenali ramai oleh masyarakat dan dunia.

“Secukupnya” yang bergenre electro pop menjadi popular di khalayak ramai pada 2019 bertambah lagi dijadikan sebagai soundtrack filem “Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini”.

Pada tahun seterusnya, lagu Hindia mengisahkan tentang impak pandemik Coronavirus iaitu “Setengah Tahun Ini” dijadikan sebagai single untuk menutup album beliau bertajuk Menari Dengan Bayangan. Album ini diterbitkan pada 29 November 2019 dan mempunyai 15 track dengan 12 lagu dan 3 interlude.

Lagu “Dari Rumah ke Rumah” mendapat sambutan hangat kerana musiknya yang bergenre alternative/indie diterima ramai lagi-lagi di kalangan remaja kerana lirik lagu tersebut berkait dengan kehidupan seharian kita dan juga banyak memberi semangat. Seperti lagu “Rumah ke Rumah” ini, Hindia menceritakan setiap rumah mempunyai kisah tersendiri dan memori hidup yang tak boleh dilupakan. Liriknya bukan tentang bercinta sahaja tetapi mengandungi pesanan lain yang mendalam.

Moga terus sukses Hindia dengan muzik beliau.


(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)