Album kedua kami sangat berbeza kalau mendengarnya berbanding album pertama dan hasil sebelumnya kerana album ini tidak berkonsep dan ‘least ambitious’.
Kevin Septanto
Bam Mastro (vocalist) harus membuat projek muzik untuk tugasan akhir beliau di Australia pada tahun 2013 dengan mewujudkan sebuah kumpulan muzik. Bam menggabungkan dirinya bersama Bayu (drummer), Choky (bassist), dan Dewa (synthesizer) untuk membentuk sebuah band bernama Elephant Kind.
Nama band itu diinspirasi pada sebuah tweet di Twitter yang berkicau “An Elephant can die from a broken heart”. Mereka juga kagum dengan kekuatan binatang bergading itu. Disebabkan tweet itu juga, mereka jadikan ‘patah hati’ sebagai konsep band dan membentangkan muzik mereka untuk menghiburkan kepada sesiapa yang tersakiti mahupun cinta atau selainnya. Walaupun berakhir sudah projek muzik Bam itu, hayat Elephant Kind masih panjang dan kekal mahupun Bam pulang ke Indonesia dari Australia.
Dengan bergenre indie pop, tercetus juga penarikan muzik berbeza pada setiap ahli seperti Bam lebih kepada rap dan hip-hop, Bayu memilih punk dan Dewa suka Electronic Dance Music.
Setelah Choky dan Dewa meninggalkan Elephant Kind, penambahan Kevin membuatkan mereka tinggal bertiga sehingga kini. Album pertama yang berjudul City-J dirilis pada bulan September 2016 menceritakan kisah dan pengalaman mereka di kota yang merujuk kepada huruf tunggal pada tajuk albumnya iaitu di Jakarta.
The Greatest Ever merupakan album kedua yang menceritakan perasaan mereka terhadap perpisahan gitaris mereka (Dewa) keluar dari band dan pengalaman Bam menjalani hubungan bersama orang jenis ‘vegan’.
Lagu-lagu mereka mengandungi lirik dan muzik yang bersifat emosional dan relevan dengan masyarakat moden dan seni kontemporari. Dengan itu, mereka juga menggunakan lirik berbahasa inggeris untuk mencapai target pendengar mereka.
(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)