Categories
Local Acts

DAARCHLEA

Daarchlea

“We have been warned, About the Great Deceiver, About the biggest Fitna, Before Yawm Al-Qiyamah…”

Local Band Highlight: Daarchlea

Daarchlea adalah kumpulan muzik extreme metal yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Mereka sangat unik kerana menggunakan genre symphonic metal, black metal, death metal dan deathcore sebagai genre utama. Kumpulan ini ditubuhkan pada hujung tahun 2006 sehingga kini. Banyak lagu mereka yang boleh didengari dari YouTube, antaranya ialah Dher Phalse Mesaya (2011), Qhilav (2012) dan lain-lain lagi.

Di awal penubuhan kumpulan Daarchlea terdapat 6 orang ahli, namun hanya dua orang yang masih bertahan dan setia iaitu Zulhelmy Adha dan Khairul Azizi. Penambahan ahli baru juga dibuat bagi melengkapkan keperluan kumpulan iaitu Asyraf Ahmad, Wan Rukhairul dan Putra Al-Matin (Ziddy).

Pada tahun 2014, Daarchlea telah melancarkan album penuh baru yang berjudul Suns pada tanggal 27 Ogos. Terdapat dalam 10 buah lagu yang terkandung dalam debut album mereka, Suns yang berdurasi 30 minit. Penulis bagi lagu-lagu tersebut merupakan ahli Daarchlea sendiri iaitu Wan Rukhairul (pemain drum) dan turut dibantu oleh Nash Muhandes serta dirakamkan di MC16 Studio, Kuala Lumpur.

https://open.spotify.com/album/59FYaxrHxC2e24BgNJF062

Album tersebut memerlukan masa selama 8 bulan untuk menyiapkan, penat lelah dan kerja keras mereka akhirnya selesai mengatur album ini. Album Suns menggabungkan 4 jenis muzik termasuklah black metal, modern metal, progressive metal dan juga petua tradisional muzik rakyat Malaysia. Menarik untuk didengari.

Pada 18 Jun 2018, Daarchlea mengumumkan bahawa mereka hiatus buat seketika (di twitter). Tambahan lagi, vokalis Daarchlea, Putra Al-Matin (Ziddy) menarik diri dari kumpulan. Namun di dalam surat ataupun penulisan tersebut mereka mengatakan itu bukan pengakhiran bagi kumpulan Daarchlea malah itu merupakan buku baru buat mereka.

And new chapter begins now,
SUNS II


Penulisan artikel oleh @nbil.akl
(retrieved from Rabak-Lit’s Instagram, revised)