Categories
Local Acts

MASSACRE CONSPIRACY

MC16

“Oh this is bloodless! These wounds won’t heal by themselves. She spoke, but all are lies. My world has taken its chance, but it’s too late”

Local Band Highlight: Massacre Conspiracy

Kebiasaannya, kita dengar muzik genre metalcore ini datang dari luar negara sahaja tetapi sebenarnya di Malaysia juga ada band-band sebegitu. Salah satunya ialah Massacre Conspiracy.

Massacre Conspiracy atau dikenali sebagai MC16 ini merupakan band muzik melodic metalcore. Mereka dikenali dengan muzik yang rancak dan prestasi yang bagus. Band yang berasal dari Kuala Lumpur ini masih aktif dari tahun 2008 hingga sekarang dan kini mempunyai lima orang ahli iaitu Ash (vocalist), Emy (drummer), Sonny (guitarist & vocalist), Daniel (bassist) dan Brandon (guitarist).

Sewaktu awal kemunculan MC16, band ini telah menghasilkan sebuah single pertama mereka iaitu “Start Looking Toward the Sky”. Mereka dikejutkan dengan mendapat perhatian daripada orang ramai dan juga band-band underground yang lain melalui single pertama mereka itu.

Pada tahun 2009, kumpulan ini mula kekurangan ahli yang mana kedua-dua ahli pengasas mereka meletakkan jawatan atas isu-isu komitmen. Pada saat mereka tidak mempunyai ahli yang lengkap, MC16 berusaha dengan melancarkan CD demo mereka, The Prophecy.

Dengan mempunyai melodi dalam lagu bergenre metalcore yang sangat menarik, mereka mendapat ulasan positif secara besar-besaran dalam majalah ROTTW dan juga daripada beberapa pengkritik professional yang lain.

MC16 mula mencari ahli untuk melengkapkan ahli band mereka oleh kerana band mereka mula dikenali ramai. Setelah mempunyai ahli yang cukup dan kukuh, MC16 ini telah mengeluarkan satu single baharu iaitu “Bloodless”. Dalam tempoh beberapa bulan, lagu ini telah dimainkan lebih daripada 10,000 kali dan itu merupakan pencapaian yang baik untuk band yang masih baru seperti mereka.

ROTTW V.157 (2010)

Sejak daripada itu, MC16 telah mendapat banyak kejayaan dan pencapaian yang sangat bagus dari tahun demi tahun. Nama mereka juga makin meningkat naik serta mendapat perhatian daripada band-band antarabangsa.

Musik video single "Bloodless". Tekan imej untuk dengar di YouTube.
Hotsound Studio Music Showdown 2011 Champions! Source: Facebook Massacre Conspiracy

Pada awal 2012, MC16 telah dipilih untuk mewakili Malaysia di Hard Rock Rising dan telah tercalon dalam Shout Awards 8TV untuk anugerah “Breakthrough Artist”. MC16 telah memenangi anugerah itu dan Malaysia telah menyaksikan band metal Malaysia yang pertama memenangi anugerah itu.

Pada tahun 2013, mereka telah terlibat dalam “Lost Holocaust Tour” yang diadakan di seluruh Malaysia. Pada akhirnya, mereka telah berjaya melancarkan album penuh yang pertama berjudul Lost Holocaust dan dikeluarkan pada 6 Julai 2013. Terdapat 11 buah lagu dalam album Lost Holocaust.

Official Lost Holocaust Tour poster. Source: Facebook Massacre Conspiracy

Pada 23 Mei 2014, MC16 telah mengeluarkan video lirik lagu di channel YouTube mereka yang berjudul “Parasite”. Lirik lagu ini menyatakan bahawa mereka akan mengeluarkan EP terbaru mereka pada masa akan datang.

Lineup terkini Massacre Conspiracy. Source: Facebook Massacre Conspiracy

Penulisan artikel oleh @paizsano
(retrieved from Rabak-Lit’s Instagram, revised)