Categories
Books

Wannabe Sasau

Dalam puisi, Jali boleh jadi macam-macam; skema, liar, kurang ajar, berbudi, sopan, jengkel, cinta karat dan menghargai sekitarnya. Dia tak lupa menulis dan mengangkat peersnya dalam circle Rabak dan orang-orang lain yang dia admire. Tiada ego, hanya pure puisi.

Mohd Jayzuan, (2019). Wannabe Sasau

Sebelum membicarakan tentang buku Wannabe Sasau ini, pasti kita akan perasan dengan penulis buku ini.

Jack Malik atau lebih mesra dipanggil Jali oleh Jayzuan merupakan seorang penyajak yang sangat berbakat. Menurut Jayzuan, Jack Malik datang kepada beliau pada tahun 2015 dan meluahkan hasrat untuk belajar menulis puisi. Bagus Jack Malik ini kerana dia seorang yang kuat bertanya tentang puisi kepada Jayzuan. Sejak itu, Jack telah membuktikan bahawa dia serius dalam dunia puisi ini. Bagi Jayzuan, penyajak terdiri kepada dua jenis golongan, iaitu penyajak yang bagus dalam penulisan dan penyajak yang bagus dalam penyampaian. Namun, Jack Malik hebat dalam kedua-duanya.

Semasa Jayzuan bagi pentas kepada Jack Malik untuk bersajak, ada beberapa veteran scene yang berpendapat bahawa peluang ini terlalu awal buat Jack Malik. Akan tetapi, Jayzuan tidak memandang endah akan mereka dan mempercayai dengan kebolehan Jack Malik. Menurut Jayzuan, Jack Malik merupakan penyajak yang bekerja keras. Bukti Jack Malik seorang penyajak yang bekerja keras adalah koleksi puisi-puisi yang ada di dalam buku Wannabe Sasau ini.

Menurut Hadi Ja’afar pula, karya yang dihasilkan oleh anak muda bernama Jack Malik ini adalah karya yang mempunyai segala-galanya. Ia ada kesakitan, ada kesenangan, ada ketenangan, ada keberangan, ada harapan dan macam-macam lagi. Sambung lagi beliau mengatakan bahawa karya Jack Malik ibarat sebuah kehidupan. Karya yang menghimpun seluruh sejarah keberadaan seorang anak muda yang bernama Jack Malik.


Wannabe Sasau. Puisi-puisi yang ditulis oleh Jack Malik dibahagikan kepada tiga. Kalbu, Pujangga dan Beat yang mana memberi gambaran jelas akan perjalanan Jack Malik sebagai seorang pemuisi. Puisi-puisi dalam bahagian Kalbu memperkenalkan pembaca dengan Jack Malik yang baru dalam dunia puisi. Di bahagian Pujangga pula, kita dapat melihat yang Jack Malik sedang perlahan-lahan menghayati keberadaannya sebagai seorang penulis. Beat pula apabila Jack Malik mengejar ilham dan keriangan puisi, sambil mencari identiti dirinya.

Terdapat 52 buah puisi di dalam buku Wannabe Sasau yang dapat memberi kesan pada para pembaca.

Menurut Jack Malik, puisi adalah meaning, makna, erti. Jack Malik berjaya memberi satu gambaran masa depan puisi yang indah dengan adanya gabungan yang lama dan yang baru iaitu moden dan kontemporari.

Jack Malik pernah berkata, “Ini saja cara aku tahu untuk mencintai diri sendiri dengan penuh berbesar hati.” Puisi mungkin saja cara untuk Jack Malik mencintai dirinya dengan berbesar hati. Bagi kita pula, ia mungkin cara untuk kita bersuka-ria dengan sastera tanpa lupa diri”.

Bagi sesiapa yang meminati dan ingin cuba untuk masuk ke dunia puisi, boleh dapatkan buku ini sekarang. Sepanjang bulan Disember ini, Rabak-Lit membuat promosi iaitu Kempen Poket Rabak. Setiap pembelian buku akan diberikan barangan percuma seperti keychain gitar untuk pembelian satu buku dan satu set drumstick untuk pembelian dua buku. Dapatkan buku Wannabe Sasau dan juga buku-buku lain seperti Pemberontak Filem, Radhio Radhikal, Jalang Indie Rock dan The Strollers.


Artikel oleh @paizsano