Categories
Subculture

The 27 Club. Kebetulan atau Sumpahan?


Kelab 27 merupakan pertemuan selebriti-selebriti yang dah mati? Adakah ianya merupakan suatu kebetulan atau sebuah sumpahan?

Pernah dengar tentang Kelab 27? Kelab ini merupakan sebuah kelab direka masyarakat bagi para selebriti yang telah meninggal dunia ketika mereka berusia tepat 27 tahun. Kematian mereka mempunyai beberapa persamaan punca seperti penyalahgunaan dadah, alkohol dan bunuh diri. Namun, ada juga sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya serta pembunuhan.

Gambar di bawah merupakan gambar beberapa ahli dalam Kelab 27 yang telah meninggal dunia ketika nama mereka masih glamour di persada dunia.

27 Club graffiti in Tel Aviv

Kita mula dengan artists dari luar negara.

1. Jimi Hendrix

    Salah seorang daripada mereka ialah Jimi Hendrix atau nama sebenar beliau, Johnny Allen Hendrix, seorang penyanyi, guitarist dan pencipta lagu popular. Kematian Hendrix masih lagi menjadi bualan. Ramai orang berpendapat bahawa Jimi Hendrix mati akibat overdose pengambilan dadah dan bunuh diri. Namun, ada juga yang percaya bahawa kematian beliau berlaku akibat daripada asphyxia.

    Photo Source: From Kerrang.com
    Jimi HENDRIX, performing live onstage in England on February 24th, 1969. DAVID REDFERN/REDFERNS/GETTY

    2. Janis Joplin

    Bagi ahli wanita pula, penyanyi rock, soul dan blues, Janis Joplin telah mati disebabkan terlebih dos dadah jenis heroin selepas tiga bulan album keempat beliau, Pearl dilancarkan. Suara Joplin yang unik membuatkan lagu-lagu beliau masih diingati sehingga kini.

    3. Amy Winehouse

    Pemenang Anugerah Grammy dengan lagu “Rehab” iaitu Amy Winehouse juga tidak terkecuali menyertai Kelab 27. Kematian beliau berpunca akibat dari keracunan alkohol, di mana kadar peratus alkohol dalam darah badan Amy berlebihan. Lagi menarik, kematian Amy mempunyai kisah yang seram apabila bapanya, Mitch Winehouse menceritakan bahawa hantu Amy datang ‘menjenguk’ dia dalam bentuk burung. Burung tersebut memiliki ciri-ciri yang sama seperti tattoo burung lengan kanan Amy.

    Photo source: Encyclopædia Britannica
    Single "Rehab". Tekan imej untuk mendengar lagu di YouTube.
    Photo source: Vogue FR

    4. Kurt Cobain

    Kurt Cobain, frontman kumpulan Nirvana juga meninggal dunia pada usia 27 tahun. Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Smells Like Teen Spirit” ini telah ditemui mati dengan keadaan senapang diacukan ke arah dagu di bilik rumah. Cobain dipercayai membunuh diri kerana sebuah nota bunuh diri ditemui bersamanya. Isi nota itu ada memetik nama isteri dan anak perempuan beliau. Berita kematian itu telah tersebar ke seluruh dunia.

    Kurt Cobain Commits Suicide
    https://www.history.com/this-day-in-history/kurt-cobain-commits-suicide: The 27 Club. Kebetulan atau Sumpahan?
    Nirvana singer and guitarist Kurt Cobain performs in 1993 in New York during a taping of “MTV Unplugged.”
    (Frank Micelotta / Getty Images)
    Photo Source: Los Angeles Times

    Sekali lagi, ada perbezaan pendapat oleh orang ramai bahawa dia bukan mati bunuh diri. Dia sebenarnya dibunuh. Ada bukti kukuh yang menyokong pendapat itu, iaitu tiada sebarang cap jari Kurt Cobain dikesan pada badan senapang itu.

    Dari bintang Hollywood, kita beralih pula kepada bintang dari Asia.

    5. Kim Jong-hyun

    Penyanyi terkenal Korea Selatan, Kim Jong-hyun atau Jonghyun dari boy band SHINee, telah membunuh diri dengan menghidu asap karbon monoksida di rumah akibat tekanan hidup.

    A memorial outside a hospital in Seoul on Tuesday for Kim Jong-hyun, whose suicide devastated many K-pop fans. Credit...YONHAP, via Associated Press Photo Source: NYTimes

    Kebanyakan daripada mereka merupakan selebriti-selebriti amat terkenal dan berpengaruh namun takdir telah menetapkan mereka ‘pergi’ dengan usia yang sangat muda. Akan tetapi, tiada sesiapa dapat merungkai misteri The 27 Club dan kenapa kematian mereka persis seolah-olah dirancang.

    Persoalannya, adakah ianya akan berterusan? Selebriti mana bakal menjadi ahli terbaru Kelab 27 ini?


    Penulisan oleh: @nbil.akl

    (retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)