Categories
Musician

PUTRA TIMUR


Aku dulu tak percaya tentang perkara seperti ‘ada ilham dari langit’ atau ‘lepas bangun dari mimpi terus dapat idea dan nada’ begitu tapi ternyata aku memang salah sebab perkara ilham itu terjadi padaku juga.

Putra Timur

Jejaka dari Jakarta, Indonesia bernama Putra Timur merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu yang menggunakan genre folk sehingga pop dan rock. Putra mengatakan bahawa beliau diinspirasi dari muzik negara asalnya dan dari luar negara seperti Neil Young, Father John Misty, The Beatles, Chrisye serta Dewa-19.

Memulakan perjalanannya dengan merilis single pertama “Two Scenes” pada 2017. Tahun seterusnya, beliau membuat lagu tentang kisah seseorang yang rapat dengannya dan cuba meletakkan posisinya sebagai orang tersebut.

Ideanya “The Loneliest Man on Earth” dijadikan lagu dan juga tajuk sebagai debut EP beliau dan meriliskan single pertama dari EP itu yang bertajuk Sweet Life. “Merengkuh Mesra” dirilis pada tahun 2019 yang menceritakan tentang pasangan yang bermadu kasih dan mendapat sambutan hangat sehingga beliau mengambil lagu itu dan menjadikan ia salah satu lagu dalam album perdananya “Mahligai” pada tahun 2020. Putra mengatakan bahawa Mahligai bermaksud raja dan ratu. Jadi, beliau menganggap Mahligai merupakan kediaman di hati dari pelbagai perasaan seperti tentang pasangan, hubungan dengan ibu bapa dan tentang orang yang terdekat.

Lagu di dalam album beliau yang bertajuk “Bersemi” yang diterbitkan akhir tahun 2020, diibaratkan seperti musim bunga yang bercambah yang menjadi semakin kuat seperti juga hubungan cinta.

Perjalanan Putra Timur masih jauh tapi sudah mempunyai karier yang menyinar dan beliau juga mempunyai potensi untuk pergi jauh lebih jauh dengan bidang muzik, nyanyian dan menulis lagu.


(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)

error: Content is protected !!