Categories
Book Fair Promotion

Pelancaran Buku Terbitan Rabak-Lit PBAKL 2024

Rabak-Lit di PBAKL 2024. Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun ini, Rabak-Lit membawakan kepada anda tiga buku baharu iaitu Merabak Sembah, Kita Yang Dimomokkan dan Esports Selamatkan Hidup Aku.

PBAKL kali ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dari 24 Mei sehingga 2 Jun. Rabak-Lit akan berada di booth MUSICOLOGY, sebuah booth gabungan bersama ML Studio, Cereka dan PORT.


Merabak Sembah

3D Merabak Sembah Front Cover

Merabak Sembah adalah buku antologi sajak Rabak-Lit yang kelima. Menampilkan lima penulis (tiga daripada mereka pernah featured dalam siri antologi sajak Rabak-Lit sebelum ini).

50 buah sajak dihimpunkan bagi mengajak para pembaca unutk “slow down & hidup- merafak mikrokosme kata-kata dan kekitaan”.

Kita Yang Dimomokkan

Penulis Ronasina sudah menulis di kolum Free Malaysia Today sejak sekian lama.

Kini, artikel-artikel beliau daripada FMT dibukukan buat kali pertama. Mengandungi 36 buah tulisan sejak 2016, anda kini boleh membaca dan memahami kritikan terhadap hubungan sosial, politik dan pelbagai aspek lain.

Esports Selamatkan Hidup Aku

Siapa sangka Rabak-Lit akhirnya menjemput satu lagi genre asing ke dalam pustakanya.

Esports Selamatkan Hidup Aku mengisahkan perjalanan hidup penerima anugerah “Caster of the Year (English) 2023”, Sir_Cloud bekerja dalam industri esports Malaysia. Beliau turut membuka cerita berkenaan isu-isu dan kelemahan scene esports tempatan.

Jalang Indie Rock (Edisi Kemaskini)

Pertama kali diterbitkan pada tahun 2018, Jalang Indie Rock kini di-update dengan bahan-bahan baharu yang ingin didokumentasikan oleh Mohd Jayzuan.

3D Jalang Indie Rock (edisi kemaskini) Front Cover

Rabak-Lit di PBAKL 2024

Jumpa korang di Pesta Buku Antarabangsa KL pada minggu hadapan. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu ramah bersama penulis-penulis Rabak di booth MUSICOLOGY.

Tarikh: 24 Mei – 02 Jun 2024
Lokasi: Booth 4081-4084, Aras 4, WTCKL
Alamat: 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: 10 am – 10 pm

Rabak-Lit di PBAKL 2024