Categories
Promotion

Musicology: Booth Muzik di PBAKL 2024

Rabak-Lit mempersembahkan: Musicology

Sebuah booth berkonsep mengumpulkan buku-buku muzik dan alternatif ke dalam satu booth di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.

Buku-buku muzik diterbitkan oleh dua nama, Rabak-Lit [@rabaklit] dan PORT [@portipoh].

Jalang Indie Rock (Edisi Kemaskini)

Jalang Indie Rock. Mohd Jayzuan, sosok yang tidak lagi asing dalam scenen muzik indie dan underground tanahair. Buku ini adalah dokumentasi hidup dan kerjaya beliau sebagai pemuzik, anarkis seni dan pembikin arts sejak belasan tahun hingga kini.

“Jalang Indie Rock adalah buku tentang pengakuan-pengakuan yang tidak pernah dikhalayakkan. Raw, jelas dan tiada berselindung.”

Edisi kemaskini memuatkan beberapa bab baharu untuk dikongsikan kepada orang ramai.

Gonzo Tanpa Fiasco

Wartaman Mingguan Malaysia, Ku Syafiq mengumpulkan artikel-artikel beliau pada kolum Rondivu ke dalam bentuk buku. Dibahagikan kepada dua bahagian, Koleksi Bual-Borak adalah himpunan artikel-artikel temu bual Ku Syafiq bersama penggiat muzik tanah air, dan Koleksi Ulas-Kritik, himpunan ulasan dan kritikan sebagai wartawan muzik.

Rebel Playlist: 45 Lirik Lagu Memberontak Hasil Ciptaan Nasir Jani

Pengarah filem cult Malaysia, Nasir Jani julung kali mendedahkan 45 lirik lagu yang ditulis oleh beliau kepada pihak umum. Beliau mendedahkan situasi porak-peranda muzik tanah air apabila ia dicampur tangan oleh politik Malaysia era lewat 80an sehingga awal 2000an. Bagaimana cara pemilihan kata, rentak dan idea mempengaruhi penulisan sesebuah lirik tersebut.

FFO: Blues Gang, Wings, Dato’ M. Nasir, Ella, Rahim Maarof

Muzik Rock Kapak

Simposium Muzik Ipoh adalah satu acara di mana para akademik, penyelidik, tokoh seniman dan penggiat seni muzik berkumpul dan membentangkan kertas kerja mereka mengenai tema muzik yang dipilih. Muzik Rock Kapak dipilih untuk sesi SMI kedua.

Topik-topik merangkumi:

  • analisa sejarah lagu balada rock kapak [Dr. Raja Iskandar Raja Halid],
  • perjalanan rock daripada disanjungi kepada dibenci [Dr. Ibrisam Akbar],
  • muzik rock dan/dalam sinema Malaysia [Dr. Norman Yusoff].

Muzik Nusantara

Simposium Muzik Ipoh adalah satu acara di mana para akademik, penyelidik, tokoh seniman dan penggiat seni muzik berkumpul dan membentangkan kertas kerja mereka mengenai tema muzik yang dipilih. Muzik Nusantara dipilih untuk sesi SMI tahun 2023.

The Strollers: Malaysian Pop Legends

The Strollers. Ya, The Strollers adalah kumpulan muzik yang berasal dari Malaysia memainkan lagu-lagu pop sewaktu era kugiran lewat 60an hingga awal 70an. Mereka telah mengeluarkan satu album berbahasa Inggeris bertajuk, Waiting is…

Omar Ariff mendokumentasikan perjalanan hidup kumpulan ini bermula dari kewujudan pertama dan berkongsi cerita daripada ahli-ahli yang masih lagi hidup.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki buku-buku ini berserta tandatangan daripada penulis (sesi temu ramah akan dikongsi kemudian).

Tarikh: 24 Mei – 02 Jun 2024
Lokasi: Aras 4, Booth 4081-4084
Alamat: 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: 10 am – 10 pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *