Bila nanti saatnya telah tiba, kuingin kau menjadi isteriku, berjalan bersamamu dalam terik dan hujan, berlarian kesana-kemari dan tertawa
Mari kenali kumpulan bergenre alternatif/indie iaitu Payung Teduh dari Indonesia.
Payung Teduh mula ditubuhkan pada hujung 2007, di mana hanya dua orang sahaja ahlinya. Mereka berdua adalah Mohammad Istiqamah atau dikenali sebagai Is dan Comi Aziz Kariko, Comi. Setahun kemudian, mereka menambah Cito sebagai pemain drum. Begitu juga dengan Ivan yang masuk Payung Teduh sebagai pemain gitarlele dan terompat.
Lagu-lagu Payung Teduh sangat indah dan harmoni kerana mereka menggabungkan unsur-unsur folk, keroncong dan jazz. Lantunan muzik yang dihasilkan memberi ketenangan dan emosi buat pendengar yang mendengarnya. Tambahan pula lirik yang penuh dengan gaya bahasa serta indah. Umpama setiap lirik mereka boleh dijadikan ‘quote’.
Lagu pertama mereka adalah Angin Pujaan Hujan dan diikuti lagu terkenal yang lain seperti Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan, Kucari Kamu dan banyak lagi. Payung Teduh juga pernah mengisi lagu dalam pementasan teater Catur Ari Wibowo iaitu Resah, Cerita Tentang Gunung dan Laut.
Album indie pertama mereka ‘Payung Teduh’ dirilis pada hujung tahun 2010. Antara yang paling terkenal adalah Akad (2017). Lagu Akad pernah tular di Indonesia mahupun Malaysia dan muzik video mereka mendapat 116 juta tontonan di YouTube. Lagu Akad ditulis sendiri oleh vokalis mereka, Is.
Selain itu, lagu Akad memenangi Karya Produksi Alternatif/Alternatif Rock/ Lintas Bidang Terbaik di Anugerah Musik Indonesia. Bahkan lagu mereka diangkat menjadi filem yang bertajuk Akad, adaptasi dari muzik video Akad sendiri.
Setelah kecapi kejayaan dengan lagu Akad, dua orang ahli asal Payung Teduh menarik diri dalam kumpulan iaitu Is dan Comi. Kekecewaan serta kesedihan peminat terselah apabila berita dua orang ‘pengasas’ Payung Teduh menarik diri.
Cito dan Ivan baki yang tinggal, namun mereka mahu meneruskan juga legasi Payung Teduh. Tahun 2018, muncul sinar buat Payung Teduh kerana Cito kembali bergabung serta penambahan 3 orang ahli baru iaitu Marsya Ditia, Pandji Putranda dan Widi. Buat kali ini vokalis mereka adalag seorang wanita iaitu Marsya.
Pada tahun awal tahun 2019, Payung Teduh melancarkan lagu berjudul “Sebuah Lagu” yang mana ia juga merupakan OST terbaru filem Disney, Ralph Breaks the Internet: Wreck-It-Ralph 2 untuk pasaran Indonesia dan Malaysia. Seterusnya, bulan April 2019 Payung Teduh mengeluarkan lagu “Nanti” nyanyian dari Cito pemain drum mereka yang mempunyai bakat menyanyi. Lebih 2 juta tontonan untuk muzik video Nanti di YouTube.
Payung Teduh menyajikan lagu-lagu yang tenang dan bermakna, lebih-lebih lagi buat mereka yang patah hati disarankan mendengar kerana Payung Teduh merupakan penglipur lara. Dengan harapan Payung Teduh bakal mengejutkan peminat dengan lagu dan album baru pada masa akan datang.
Semoga Payung Teduh kekal menjadi penglipur lara!
Penulisan artikel oleh @nbil.akl