Categories
News

Pasar Seni, Gerakan Seni 80s & Kemunculan Semula Fung Keong

Pada 14 Februari yang lalu, telah berlangsung sesi perbincangan antara Zainal Rashid Ahmad, Nasir Jani dan Pyanhabib. Mereka berbual mengenai Pasar Seni dan Gerakan Seni 80an.

Central Market Dolu-Dolu.

Perbincangan dimulakan dengan Zainal Rashid Ahmad menceritakan sedikit mengenai bagaimana permulaan suasana di Pasar Seni dahulu. Beliau menceritakan bagaimana dia menyertai kumpulan pemuisi jalanan yang berada di sekitar Pasar Seni.

Nasir Jani juga menegaskan bahawa awal 80an, tidak ramai yang bermain muzik di jalanan kerana mereka akan dianggap sebagai pengemis. Kemunculan filem arahannya “Kembara Seniman Jalanan” memecahkan pemikiran kolot seperti itu terhadap pemuzik jalanan.


Bila Nak Siap?

Perbualan mereka menjadi semakin rancak apabila Pyanhabib mula berpuisi ringkas, “Kuala Lumpur, bila nak siap? Kuala Lumpur, bila nak siap?” membuatkan Zainal Rashid Ahmad dan Nasir Jani ketawa mendengar luahanya.

Sebelum bermula siaran langsung, Pyanhabib telah tersangkut di dalam traffic jam yang teruk sekitar Kuala Lumpur. Mungkin kerana ramai anak muda lelaki yang sibuk membeli bunga kepada bunga masing-masing.

Pyanhabib sambung menceritakan pengalamanya berpuisi di Pasar Seni sebelum dan selepas kenaikan taraf. Pelbagai pengalaman susah senang mereka dikongsi bersama membuatkan ramai viewers mula mengimbas kembali memori mereka di Pasar Seni.


Gerakan Seni di Pasar Seni

ZRA juga mendedahkan bahawa dahulu sewa tapak di Pasar Seni hanya RM15 dengan keluasan tapak 4×3 kaki. Ramai akan bayar pada setiap hari Jumaat seminggu sekali.

Selain itu, pada tahun 1987 telah berlangsung Perhimpunan Penyair Muda Malaysia yang berjaya mengumpulkan 300 orang di rumah Anak Alam.

Mereka yang terlibat adalah Datuk Johan Jaafar, Siti Zainon Ismail, Latiff Mohidin, Khalid Salleh dan ramai lagi. Dikatakan mungkin sudah 30 ribu karya seni dihasilkan di situ.


Fung Keong

Kemunculan kembali kasut lagenda, Fung Keong telah ditayangkan dalam siaran langsung tersebut. Rekaan asal seperti di dalam filem Kembara Seniman Jalanan.

Kali ini Fung Keong membuat kolaborasi bersama Nasir Jani serta usahasama FK Propaganda. Mereka telah banyak membantu bagi merealisasikan kemunculan semula kasut Fung Keong.

Untuk pengetahuan semua, 26 Februari ini di KL Alternative Bookfest 2023 akan ada sesi tayangan filem “Rozana Cinta 87”. Ini untuk memberi penghargaan kepada filem yang sudah banyak merakam penggambaran di Pasar Seni itu sendiri.


Interteks Takde!

Sewaktu livestream, seseorang telah memberi sebuah komen yang menaikkan kemarahan Zainal Rashid Ahmad.

Komen tersebut mempersoalkan bahawa kasut Fung Keong yang dipamerkan tersebut bukanlah yang asal. Zainal Rashid Ahmad mengatakan ianya adalah yang sah. Tidak perlu tunjuk kontrak dan jika ianya bukanlah yang sah sudah pasti Fung Keong akan menyaman FK Propaganda.

Beliau sempat berpesan jika bodoh, perlu belajar empat perkara sebelum bercakap; faham teks, faham konteks, faham subteks dan faham interteks. Si mamat komen tadi kurang dari segi interteks.


Tempahan Hangat

Malam itu juga, FK Propaganda telah membuka tempahan unutk membeli kasut Fung Keong special collaboration with Nasir Jani. Tempahan tersebut mendapat sambutan yang hangat daripada para viewers malam itu.

Siaran langsung ditamatkan dengan Nasir Jani mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong beliau kerana sudi bersama dalam perjuangannya. Terima kasih juga kepada semua yang sudi membeli kasut Fung Keong.

Follow dan like FK Propaganda di Tiktok dan Instagram.


Penulisan artikel oleh @aidihkl