Categories
Movie

The Dirt: Mötley Crüe – Sex, Dadah dan Rock n’ Roll

Mötley Crüe

Background Photo by Julián Amé on Unsplash


Anda kenal Nikki Sixx? Anggota band heavy metal dari Amerika iaitu Mötley Crüe yang pernah mati disebabkan overdos heroin, tetapi dalam beberapa minit beliau dilaporkan hidup kembali.

Band dari negeri Los Angeles ini ditubuhkan pada 1981, tidak menungggu lama untuk menjadi hits dan digemari peminat Rock N’ Roll di Amerika mereka pernah dilamar oleh beberapa records label, antaranya Elektra Records, Eleven Seven Music dan Warner Music Group.

Dari kiri: Nikki Sixx (bassist), Vince Neil (vocalist), Mick Mars (guitarist) & Tommy Lee (drummer)

Ahli mereka adalah Nikki Sixx, Tommy Lee, Mick Mars dan juga Vince Neil. Mempunyai lebih kurang 9 album dan 5 daripadanya telah mendapat anugerah Platinum, menjual 100 juta copies album di seluruh dunia. Mötley Crüe terlalu berpengaruh bagi metalheads ketika itu. Jika anda pernah dengar tentang kegilaan Rock N’ Roll pada zaman Ozzy Osbourne (Black Sabbath) sebagai “Prince of Heavy Metal”, Mötley Crüe boleh dilabelkan sebagai “Son of Heavy Metal”.

Mötley Crüe bersama Ozzy Osbourne.

Dadah, seks bebas dan alkohol adalah satu kebiasan bagi kumpulan heavy metal ini. Pada November 1987, Nikki Sixx pernah overdos heroin dan disahkan mati ketika dalam perjalanan ke hospital, tetapi paramedik yang membawa beliau dan merupakan fans bagi Mötley Crüe memberikan beliau suntikan adrenaline (Epinefrina) di jantung dan Nikki Sixx hidup kembali dalam masa dua minit. Setelah bangun, beliau pulang berjalan kaki ke rumah dan kembali mengambil heroin lagi.

Mötley Crüe adalah simbol Rock n’ Roll sejati. Dadah, sex bebas dan alkohol adalah satu perkara normal. Anda boleh menonton filem yang diadaptasi dari kisah perjalanan Mötley Crüe di dalam Rock n’ Roll di Netflix, The Dirt.

Untuk filem ini, kami berikan 8.5/10

“One time we saw some hookers, but when we got closer we realized it was Mötley Crüe.”

James Hetfield of Metallica