Grey Sky Morning dan Cinta Gila

Grey Sky Morning dan Cinta Gila

Industri muzik indie pernah digemparkan oleh Grey Sky Morning, terutama sekali dengan lagu CINTA GILA. Tidak dinafikan CINTA GILA masih mendapat tempat di hati pendengar hari ini. Grey Sky Morning ditubuhkan pada 2004 dan masih berkarya sehingga ke hari ini. Terkenal dengan bayang Cinta Gila yang diterbitkan pada 18 September 2012 di Youtube, malah nama mereka makin meluas. GSM turut dikenali sebagai salah satu kumpulan indie yang berpengaruh di Malaysia. Tambahan lagi, GSM sendiri yang menghasilkan lagu dengan warna mereka sendiri serta membawa genre Alternative/Indie-Rock.

GSM dianggotai lima orang jejaka kacak, iaitu Hafizal Nasir aka Ejal (vokalis), Ojex (gitar), Ewan (gitar), Elly (bass) dan Ery (drum). Gabungan mereka berlima melengkapi GSM. Bermula dengan dua single Bila-bila Masa Kita Berdansa dan lagu hit mereka Cinta Gila. Meskipun hanya ada dua lagu namun mereka berjaya mendapat tempat di stesen radio kerajaan mahupun swasta. Kejayaan tersebut membuka peluang GSM untuk terus berkarya. Hari ini, banyak lagu yang telah GSM buat dan berjaya membuat album berjudul Pancaroba.

Selain lagu Cinta Gila, terdapat juga lagu hit yang lain termasuklah Pancaroba, Hilang Rasa Cinta, Dansa Persona dan banyak lagi. Awal tahun 2020, GSM membuat kejutan dengan lagu Wajah-Wajah Sahabat serta muzik video yang kini berada di Youtube. Wajah-Wajah Sahabat dikarang sendiri oleh Ejal dan penggubah lagu juga hasil Ejal dengan bantuan Tetsuji Hayashi. Sepanjang GSM berkarya, pelbagai gig mahupun konsert yang mereka sertai.

Antaranya termasuklah IndieRock’18 At Mapfest, Rock The City Fest dan semenjak wabak teruk melanda dunia GSM masih membuat show melalui atas talian seperti Angkasa Online Fest. Pada bulan ogos pula GSM mengambil bahagian dalam Virtual Showcase HBU 2020 bersama artis lain seperti Yonny Boii, Lunadira dan Reddi Rocket. Ekoran daripada wabak covid-19 pelbagai acara secara fizikal ditangguhkan ataupun dibatalkan. Namun GSM masih mencari jalan buat peminat. GSM juga masih aktif di media sosial terutamanya twitter. GSM masih kekal berikteraksi dengan peminat.

Semoga Grey Sky Morning meneruskan perjuangan mereka dalam menghiburkan peminat muzik indie dan Rock and Roll.

No Comments

Post a Comment