Categories
Musician

BΔSTILLE

Menuntut ilmu dengan guru tapi akhirnya guru sendiri yang digelar sebagai Woody, menjadi drummer band dan rakan seperjuangan bersama.


Menuntut ilmu dengan guru tapi akhirnya guru sendiri yang digelar sebagai Woody, menjadi drummer band dan rakan seperjuangan bersama.

Dan Smith (lead vocals) ingin membuat kerjaya penyanyi solo namun fikirannya berubah dengan menggabungkan Kyle Simmons (keyboards), Will Farquarson (bass/guitars) dan Chris “Woody” Wood (drummer) sebagai sebuah band pop rock.

Ditubuhkan pada tahun 2010. Nama Bastille diambil dari Hari Kemerdekaan Perancis dipanggil “Bastille Day” pada 14 Julai dan juga merupakan hari lahir Dan Smith. Dan Smith juga merupakan penulis lagu kepada bandnya.

Via: Spotify

Selepas mengeluarkan single pertama “Flaws/Icarus” dan juga EP “Laura Palmer”, mereka menerbitkan album Bad Blood pada March 2013 dibawah syarikat Virgin Records. Album itu mendapat nombor satu dalam “Carta Album UK” dan lagu hit album bertajuk “Pompeii” memperolehi nombor dua dalam “Carta Singles UK”. Dengan berkat lagu “Pompeii”, Bastille merupakan band pertama yang membuat persembahan di The British Museum.

9 September 2016 merupakan tarikh album kedua mereka bertajuk Wild World dapat mengulangi kejayaan seperti album pertama dengan mengungguli kedudukan pertama dalam Carta Album UK. Lagu “Send Them Off!” dalam album itu, dijadikan sebagai salah satu soundtrack game bola sepak terkenal, FIFA 17.

Doom Days merupakan album ketiga Bastille yang dikeluarkan pada Jun 2019. Konsep album Doom Days diibaratkan sebagai pesta malam yang “colorful”. Durasi pada setiap lagu album tersebut melambangkan “waktu jam dan minit” yang dispesifikkan.

Walaupun dengan kerjaya Bastille yang sukses dan mempunyai populariti yang besar tetapi mereka masih menganggap diri mereka sebagai sebuah kumpulan Indie yang hanya melakukan perkara yang diminati.

Hidup Indie!


(retrieved from Rabak-Lit’s Twitter, revised)