Categories
Shows and Fests

OAG: 30 Tahun Generasiku!

Hari dimana kita semua akan menyambut serta meraikan ulang tahun yang ke-30 Old Automatic Garbage atau dikenali sebagai OAG bersama semua peminat dari pelbagai generasi yang berbeza!


Hari dimana kita semua akan menyambut serta meraikan ulang tahun yang ke-30 Old Automatic Garbage atau dikenali sebagai OAG bersama semua peminat dari pelbagai generasi yang berbeza!

OAG adalah antara band lagenda yang pernah menjadi fenomena sehingga nama mereka bukan sahaja disebut-sebut dalam Malaysia malah sehingga ke beberapa buah negara luar kerana lagu-lagu yang mereka hasilkan mendapat sambutan yang sangat hangat daripada peminat. OAG mula popular dan mendapat sambutan apabila lagu 60’s TV mula menembusi media arus perdana pada ketika itu ditambah lagi mereka dari indie/underground jadi mereka mendapat peminat daripada kedua belah pihak.

Band kelahiran dua buah negeri ini iaitu Kuching, Serawak dan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan telah muncul pada tahun 1992 dengan demo tape pertama mereka bertajuk Horrible Adorable pada tahun 1993. Ahli band OAG pernah bertukar-tukar beberapa kali atas sebab tertentu namun Radhi sebagai tulang belakang band ini masih kekal sehingga hari ini sebagai penyanyi utama dan bersama line-up terkini iaitu Ammal(lead guitar), Nizam(guitar), Nazrin(bass guitar), dan Qi Razali(drummer). Banyak anugerah dan kerjayaan yang OAG telah lakarkan seperti Album Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik, Juara Kategori Kumpulan Muzik di Ikon Malaysia, diberi peluang serta penghargaan untuk mempersembahkan lagu tema Coca Cola FIFA Youth World Cup.

Konsert OAG 30 Tahun Generasiku anjuran BSX BOX dan KONGRES MUZIKA MALAYSIA akan diadakan di Stadium Melawati pada 25 December 2022 dan akan bermula jam 3 petang sehingga lewat malam bagi dapat mengumpulkan seluruh peminat OAG dari serata dunia dan dari pelbagai peringkat umur. Tujuan sebenar konsert ini adalah bukan hanya untuk meraikan OAG namun meraikan peminat mereka juga, jadi pelbagai acara dan aktiviti lain terdapat di sana seperti OAG Art Installation Photosbooth(OAGallery), OAG Generasiku Booth, dan kita juga akan dapat menyaksikan persembahan daripada Monotones, The Odyssey, Fourwalls, Mbex Firdaus N The Souljah serta Airinna Namara!

Yang paling istimewa sekali adalah keluaran lagu terbaru mereka iaitu Ori akan dinyanyikan beramai-ramai bersama semua yang hadir dan direkodkan untuk menyempurnakan lagu baru tersebut. Kenyataan daripada Qi sendiri sewaktu sidang media adalah paling kurang mereka akan memainkan 25 lagu termasuk lagu-lagu yang jarang mereka mainkan seperti Biru, Stereokumonomu, Nowwhy2 dan lain-lain bersama ahli band lama, ini dapat disahkan dengan kehadiran Naza di sidang media itu juga.

Pihak penganjur juga telah menyediakan layanan istimewa buat semua PerMysuri bagi memberi keselesaan dan keselamatan yang secukupnya kerana pihak pengajur mahukan semua orang datang dan bergembira di sana. Antara usaha yang dilakukan oleh pihak penganjur adalah tempat letak kereta khas untuk wanita sahaja, laluan pintu masuk khas untuk wanita sahaja, talian kecemasan bagi wanita yang merasakan diri mereka tidak selamat, dan pondok aduan jika ada sebarang kes yang berlaku.

Pihak penganjur sendiri dapat melihat dikalangan peminat OAG sudah ramai yang bekerluarga jadi agak sukar untuk yang masih ada si kecil di rumah untuk datang ke konsert seperti ini jadi pihak organizer sudah menyediakan OAG Child Care Centre bagi keluarga yang ada anak kecil berumur 4 tahun keatas.

Pemilihan Stadium Melawati sebagai lokasi konsert besar-besaran seperti OAG 30 Tahun ini pasti sudah terbayang di dalam fikiran anda iaitu terdapat pelbagai jenis tiket, bermula dengan Zon Slumber yang berharga RM168, Zon Generasiku yang berharga RM188, Zon Beutifool yang berharga RM268, Zon Permysuri yang berharga RM288, dan terakhir sekali adalah Zon Infinity yang berharga RM308. Untuk pembelian tiket anda boleh lakukanya di website oagforever.com serta untuk infomasi lebih lanjut anda boleh kunjungi ke Instagram oagofficial dan Rabaklit.


Merchandise limited edition juga bakal banyak dijual disana jadi bagi korang yang nak dapatkan barangan OAG jangan lupa hadir dan singgah-singgah dulu di booth yang ada disana!