PENYEBARAN ILMU BUKAN VIRUS DI TESCO EXTRA SEREMBAN 2

PENYEBARAN ILMU BUKAN VIRUS DI TESCO EXTRA SEREMBAN 2

Pesta Buku & Komik Seremban 2

Peminat filem arahan M. Night Shyamalan mesti mengetahui filem bersiri Unbreakable, dan lebih 10 tahun kemudian keluarnya filem Split dan akhirnya Glass. Watak Mr. Glass adalah penggerak dalam senyap trilogy filem ini. Lebih menarik, ada yang mengatakan pencipta komik mengambil ilham dari kisah benar lukisan purba di dinding kemudian diterjemahkan dalam bentuk komik. Itulah yang Mr. Glass mahu sampaikan dalam filem Unbreakable minit 00:29:03 “I believe comics are a form of history”.

Mengambil dari inspirasi filem ini, khas buat peminat komik, akan diadakan satu Pesta Buku dan Komik Seremban 2 di Tesco EXTRA Seremban 2 pada 28 Disember 2020 sehingga 3 Januari 2021. Lebih dari 1000 tajuk komik dan buku baru juga lama akan dijual sepanjang Pesta Buku & Komik ini berlangsung. Hanya tinggal untuk memilih sahaja. Potongan harga serendah 20%, 30% hingga 60%!

Bukan sekadar itu, pelbagai bahan bacaan yang lain juga ada. termasuklah novel, keagamaan, puisi, politik, muzik dan filem namun Komik adalah keutamaan kami. Antara publisher buku yang ikut serta dalam menjayakan pesta buku ini adalah PTS, KOMIK M, RABAK LIT, LEJEN PRESS dan juga self-publish/zine juga ada! Pelbagai buku yang mereka tawarkan !

Pesta Buku & Komik Seremban 2 ini bukan tempat menjual buku semata-mata, ada aktiviti lain turut diadakan. Dengan dibantu oleh organisasi Komplotan Tanduk Kerbau sebagai Sahabat Acara, organisasi yang berpangkalan di Seremban ini akan membantu mengadakan acara pentas yang pastinya lebih mengasyikkan dengan persembahan puisi, diskusi buku dan persembahan Buskers.

Acara menarik yang lain seperti perjumpaan bersama penulis-penulis komik, pertandingan mewarna, dan tayangan lukisan komik tidak boleh dilepaskan oleh golongan anak kecil sepanjang acara. Ini merupakan pesta buku pertama pasca covid-19.

.

Mengapa Tesco Extra Seremban 2 dipilih? Ini kerana lokasi yang strategik berdekatan dengan kawasan bandar dan juga perumahan. Tesco Extra Seremban 2 juga amat mudah dilawati kerana berdekatan dengan Lebuhraya Utara Selatan, ini memudahkan pembaca dari luar Seremban untuk datang ke acara ini. Kawasan Tesco juga amat luas, memudahkan kita untuk menjaga jarak sosial dengan orang lain dan tidak perlu berselisih dengan pembeli yang lain.

Pastinya penjarakan sosial akan dipatuhi oleh kita semua juga akan dibantu oleh pembantu keselamatan penganjur.

Semasa hari kejadian, kami akan mengutamakan keselamatan pengunjung dengan mematuhi segala SOP yang ditetapkan. Pengunjung harus memastikan diri agar mematuhi SOP. Ada pemantau dan keperluan SOP.

Set kalendar anda, dari Isnin 28 Disember hingga Ahad 3 Januari 2021, anda dilamar untuk datang! Semoga Pesta Buku & Komik Seremban 2 ini berjalan lancar. Untuk makluman lanjut sila follow @pusher_buku untuk sebarang update.

MARI MULAKAN PESTA!

Untuk pertanyaan tentang buku dan komik hubungi – Saufi 019-374 0422
Untuk persembahan pentas dan pertandingan mewarna hubungi – Hamid 014-671 3601

No Comments

Post a Comment