Tentang Kami

Rabak-Lit

Rabak-Lit adalah sebuah syarikat penerbit buku dengan konsep penerbitan unik yang menggalakkan kebebasan bersuara dan ciri-ciri independent dalam setiap produknya. Asal usul syarikat penerbitan ini bermula di Ipoh yang ditubuhkan oleh Mohd Jayzuan,
seorang penulis buku dan pemuisi yang terkenal. Seiring dengan itu, dia juga seorang pemuzik.

Lebih-lebih lagi, Rabak-Lit telah menerbitkan pelbagai jenis genre buku yang kebanyakannya menampilkan muzik, seni dan filem memandangkan sasaran penontonnya adalah dalam kalangan milenial yang sesuai dengan konsep budaya pop yang menjadi tanda dagangan syarikat penerbitan ini. Antara judul yang paling laris di bawah Rabak-Lit ialah Puisi Tepi Jalan oleh Fynn Jamal, Filem Pemberontak yang ditulis oleh pengarah filem kultus terkenal 80-an Nasir Jani dan juga Radhio Radhikal, sebuah buku mengenai pemuzik alternatif Malaysia terkenal, Radhi OAG yang pernah popular dengan lagu “60’s TV”.

Kini, Rabak-Lit diterajui oleh Izzat Amir, seorang pemain industri yang aktif serta mempunyai 10 tahun lebih pengalaman bekerja dalam industri penerbitan buku bermula dengan PTS Publications dan Puteh Press.

Contact

Telefon: +60 16 – 661 1752 (Izzat Amir)
E-mail: rabaklit@gmail.com

403 2nd Floor, Jalan Haruan 4/2, Oakland Commercial Center 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Isnin hingga Jumaat: 10 a.m. – 5 p.m.

Team

Izzat Amir

Ketua Penerbitan

Pemain industri penerbitan aktif yang mempunyai pengalaman bekerja selama 10 tahun dalam bidang penerbitan arus perdana yang memulakan pengalamannya dengan PTS Publications dan Puteh Press.

Mohd Jayzuan

Penasihat

Pemilik kolektif artis-seniman Projek Rabak. Menubuhkan Rabak-Lit pada tahun 2012 sebagai sebuah rumah penerbitan buku.