The Beatles: Yesterday

The Beatles: Yesterday

“Yesterday, love was such an easy game to play. Now I need a place to hide away. Oh I believe in yesterday.” Sangat mustahil bagi peminat muzik rock dan pop tidak mengenali kumpulan lagenda iaitu The Beatles. Jika mengenali The beatles, sudah pasti tidak asing dengan laluan ‘Abbey Road’ yang terletak di London. Bagi mana-mana yang tidak mengenali The beatles, kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan muzik rock dan pop dari Liverpool, England. Kumpulan ini mula aktif pada tahun 1960 sehingga 1970. Walaupun The Beatles aktif dalam waktu yang sangat singkat, mereka telah berjaya mencapai kejayaan dalam bidang muzik dan berjuta-juta rakaman lagu mereka telah terjual. Kumpulan The Beatles sememangnya telah mencipta sejarah yang mana kumpulan mereka telah dikenali di setiap pelosok negara.

Sebut sahaja kumpulan The Beatles, ramai akan mengenalinya melalui lagu-lagu hits yang telah mereka hasilkan. Kumpulan ini dianggotai oleh John Lennon (vocals, guitars, keyboards, harmonica, bass), Paul McCartney (vocals, bass, guitars, keyboards, drums), George Harrison (guitars, vocals, sitar, keyboards, bass) dan Ringo Starr (drums, percussion, vocals). Mengenai muzik yang dibawa oleh kumpulan The Beatles, kumpulan ini sebenarnya mempunyai seseorang yang mempengaruhi muzik mereka. Antaranya pemuzik yang mempengaruhi kumpulan ini ialah Elvis Presley, Carl Perkins, Little Richard, Chuck Berry dan ramai lagi. Bagi Lennon, pengaruh Elvis sangat besar buat dirinya dan juga The Beatles sendiri. Menurutnya, tidak ada yang benar-benar memberi kesan kepadanya sehingga dia mendengar Elvis. Jika tiadanya Elvis, pasti tidak akan adanya kumpulan yang bernama The Beatles ini.

Bermula sebagai kumpulan muzik skiffle, The Beatles terus memainkan muzik genre rock and roll pada 1950-an dan akhirnya terus berkembang kepada pelbagai jenis muzik pop. Terdapat banyak anugerah dan pencapaian yang telah The Beatles capai sepanjang mereka aktif di dalam bidang muzik ini salah satunya ialah kumpulan ini telah memenangi Academy Award 1971 dalam Best Original Song Score bagi sebuah filem yang bertajuk Let It Be (1970). Kumpulan ini juga telah menerima tujuh Grammy Awards dan 15 Ivor Novello Awards. Perbincangan tentang kejayaan kumpulan The Beatles tidak akan pernah habis kerana terlalu banyak pencapaian yang telah mereka kecapi. Teras utama kehebatan The Beatles adalah pada lagu-lagu mereka. Lagu-lagu yang mereka hasilkan bukan sekadar lagu-lagu rock dan pop yang biasa akan tetapi mempunyai makna yang mendalam dan kena dengan situasi pendengar saat mendengarnya.

Terdapat banyak lagu mereka yang Hitz salah satunya ialah lagu Yesterday, maksud lagu ini pada dasarnya mengisahkan seorang yang telah ditinggalkan oleh orang yang tersayang. Menurut daripada pelbagai sumber, lagu yang bertajuk Yesterday ini dinyanyikan lebih dari 3000 versi menurut Guinness Book of World Records. Lagu ini juga merupakan lagu yang paling banyak dimainkan di radio sebelum tahun 1999. Walaupun terdapat beberapa permasalahan dalam pembikinan lagu ini, lagu ini telah berjaya menjadi fenomena dan masih segar di telinga pendengar sehingga kini. Selain lagu yesterday, lagu-lagu lain juga masih terkenal hingga ke hari ini iaitu Hey Jude, Let It Be, Something dan I Wanna Hold Your Hand. Peminat tegar kumpulan The Beatles pastinya merindui zaman kegemilangan kumpulan ini. Dengan harapan lagu-lagu mereka akan tetap diperdengarkan di seluruh dunia dan nama The Beatles akan tetap menjadi Lagenda buat semua lebih-lebih lagi pada penggemar muzik Rock dan Pop.

stay alive! Rock and Roll

No Comments

Post a Comment