Rex Orange County

Rex Orange County

Anda merupakan seorang peminat muzik Indie Pop? bergetar jiwa saat mendengar petikan gitar ‘neo-soul’ dan juga gemarkan lagu-lagu hip-hop alternatif? Jadi anda perlu menambahkan lagu daripada Rex Orange County dalam ‘playlist’ anda. Rex Orange County ataupun Alexander O’Connor merupakan seorang artis yang mengetengahkan lagu-lagu bergenre Indie pop, ‘neo-soul’ dan juga hip-hop alternative. Dia menggunakan nama Rex Orange County sebagai nama pentasnya. Mula berkecimpung dalam bidang muzik seawal usia 5 tahun, O’ Connor menyertai kumpulan koir di sebuah sekolah di mana ibunya berkerja. Seterusnya, dia mula menjadi seorang pemain drum dan piano dan pada usia 16 tahun, dia sudah mencipta lagunya sendiri melalui perisian http://Logic.Pro. Pada tahun 2015, sebuah syarikat rakaman Inggeris iaitu Two Inch Punch mula mengesan kewujudan Rex Orange County yang pada ketika itu telah mengeluarkan sebuah lagu berjudul “Bcos U Will Never B Free”. Apa yang menariknya, Rex Orange County hanya mengeluarkan lagu ini di SoundCloud dan telah berjaya dikesan oleh sebuah syarikat rakaman yang besar.

Hasilnya, Dia ditawarkan pasukan produksi dan telah berkolaborasi dalam menghasilkan beberapa buah lagu antaranya “Uno”, “Best Friend” dan “Untitled”. Di usia 17 tahun, dia telah mempunyai sebuah album peribadi.   “this ain’t a fantasy, she’s my best fucking friend.” Itu merupakan sepotong ayat daripada lirik lagu dalam album keduanya, “Apricot Princess”. 3 bulan selepas itu, bakatnya sekali lagi dikesan oleh Tyler, The Creator, iaitu seorang penyanyi Rap Amerika, penulis lirik, penerbit dan juga seorang pelakon. Tyler, The Creator telah menawarkan Rex Orange County untuk berkerjasama dengannya dalam mencipta album berjudul “Flower Boy” dimana album ini juga turut dijayakan oleh artis-artis terkenal Amerika seperti ASAP Rocky, Jaden Smith dan juga Lil Wayne. Rex Orange County telah membuat kemunculan pertamanya di kaca televisyen  dalam rancangan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon. Kemudian, dia dijaduakan untuk muncul dalam rancangan televisyen Perancis iaitu Quotidien.

Namun, dia menolaknya kerana rancangan itu telah memaparkan lukisan hasil tangan seorang pelawak, Alison Wheeler. Lukisan itu telah memparodikan Ku Klux Klan, iaitu sebuah kumpulan orang Amerika berkulit putih yang berkonsepkan kebencian terhadap yahudi, Islam, pendatang asing dan juga homoseks. Rex Orang County hanya melabelkan lukisan itu sebagai “tasteless”. 4 tahun selepas dia memulakan kariernya, dia mengeluarkan album ketiganya berjudul “Pony”. Dibawah naungan syarikat rakaman Amerika, RCA dimana syarikat ini juga merupakan milik syarikat rakaman Sony Music Entertaiment. Oleh yang demikian, muzik-muzik daripada Rex Orange County dianggap campuran sebati antara hip-hop, jazz dan juga ”bedroom pop”. Jadi, mula capai pen anda, tuliskan lagu, capai gitar anda mainkan muzik. Siapa tahu, ada syarikat rakaman akan merisik.

No Comments

Post a Comment