Pemberontak Filem: Nasir Jani

Pemberontak Filem: Nasir Jani

“Pencipta lagu… Melayu, pengubah lagu Melayu, penyanyi Melayu, pemuzik Melayu, pembeli pun Melayu! Tapi yang untung siapa? Lanun mata sepet!” Kembara Seniman Jalanan (1986) Bercakap sahaja tentang filem Kembara Seniman Jalanan (1986) lakonan Datuk M. Nasir, maka mesti pernah dengar nama Nasir Jani. Pengarah “kontroversi”, panas baran dan kaki melawan. Ada timbul khabar angin atau benar berlaku bahawa Nasir Jani pernah menyarung baju-T yang tertulis ‘Fuck Mahathir’, di mahkamah. Berkenaan isu baju-T ini, sila klik link di bawah untuk info dan penerangan Nasir Jani sendiri. Hampir semua kontroversi yang dibuat oleh Nasir Jani telah disalin kepada teks dalam buku Pemberontak Filem terbitan Rabak Lit.

Diterbit pada tahun 2019 juga ditulis sendiri oleh beliau, Nasir Jani. Nasir Jani telah berkarya lebih 3 dekad dalam industri, namun ada dua sahaja filem diarah olehnya. Filem tersebut adalah Kembara Seniman Jalanan (1986) dan Rozana Cinta 87 (1987), namun terdapat juga Nasir Jani menjadi penolong pengarah dan pengarah seni dalam filem Kami (1981) dan lain-lain. Berbalik pada buku Pemberontak Filem, bagaimana Nasir Jani boleh dicop sebagai pengarah yang rebel. Salah satunya dari filem sulungnya sendiri  Kembara Seniman Jalanan (KSJ) yang mana mengangkat serta menjatuhkan nama beliau. KSJ menjadi satu sejarah besar apabila semua percalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-6 ditolak pada saat akhir di atas pentas acara itu berlangsung.

Alasan KSJ ditarik kerana Datuk M. Nasir bukan warganegara pada waktu itu. Persoalannya kenapa pada saat-saat akhir diumumkan sedangkan pihak bertanggungjawab boleh menolak KSJ dari percalonan. Nasir Jani akhirnya ‘melawat’ pejabat FINAS dan berlakulah peristiwa pintu kaca pecah angkara ‘amukan’ Nasir Jani. Malah bukan itu sahaja pelbagai cabaran yang lain yang pernah diharungi oleh Nasir Jani. Antaranya, isu ‘pengarah’ dan ‘pengarah bersekutu’ filem Tombiruo (2017) dan isu panas lain seperti isu cetak rompak, wartawan envelop, menghala parang depan kamera dan banyak lagi. Bila mendengar berita-berita yang tidak enak dari Nasir Jani, setengah netizen akan menjatuhkan hukum kepada beliau kerana bersikap panas baran.

Namun jika diamati balik penulisan beliau dalam Pemberontak Filem ada betul dan memang patut beliau mengamuk. Dari sudut lain, Pemberontak Filem ini sangat berguna dan harus dibaca oleh filmaker, pelajar jurusan filem mahupun sesiapa yang mempunyai hasrat membuat filem. Dari sudut lain, Pemberontak Filem ini sangat berguna dan harus dibaca oleh filmaker, pelajar jurusan filem mahupun sesiapa yang mempunyai hasrat membuat filem. Hal ini kerana, terdapat juga asas-asas sebelum pembikinan filem, sejarah filem serta inspirasi untuk membuat filem. Tak ramai orang berani menceritakan ‘fakta’ kerana takut akan disaman atau dipulaukan namun Nasir Jani menunjukan sebaliknya. Nasir Jani amat lantang kata-kata pada usia mudanya namun semakin dewasa beliau memilih untuk bertindak lebih matang dan bijak. Dapatlah disimpulkan bahawa pelbagai ilmu baru yang dapat diperoleh dalam penulisan Nasir Jani dalam Pemberontak Filem. Buku Pemberontak Filem ini memberi banyak inspirasi bukan sahaja untuk membuat filem malah untuk jangan takut kerana benar. Siapa Nasir Jani sebenar? Mengapa dan kenapa? Semua persoalan lengkap dalam buku berhalaman 374 ini.

No Comments

Post a Comment