Nasir Jani Melawan Penyakit Politik Dalam Filem Malaysia

Nasir Jani Melawan Penyakit Politik Dalam Filem Malaysia

Anda rasa Nasir Jani sudah cukup memberontak atau belum apabila beliau pernah masuk mahkamah dengan baju f**k Mahathir ?

Di bawah pemerintahan Tun Mahathir adalah merupakan antara zaman gelap bagi industri seni Malaysia dimana para selebriti telah dikongkong dan selebriti yang berambut panjang perlu dipotong pendek dan sekiranya mereka tidak mengikuti arahan tersebut mereka tidak dibenarkan masuk di televisyen dan mungkin ada yang masih ingat dengan insiden bintang rock menangis kena potong rambut, huhu untuk pengetahun anda insiden ini adalah diketika zaman pemerintahan Tun Mahathir. Dan inilah yang Nasir Jani perjuangkan dan lawan !

Nasir Jani memberontak dari pentas teater ke pentas filem indie, filem arahan beliau yang pertama adalah pada tahun 1986 iaitu Kembara Seniman Jalanan lakonan Dato’ M.Nasir dan mungkin ada yang masih ingat dengan watak Osman Tikus lakonan Pyan Habib.

Nasir jani bukan sahaja aktif di dalam pengarahan filem dan drama tetapi beliau juga aktif sebagai penulis skrip, pelakon dan juga dalam mencipta puisi. Beliau turut pernah tercalon di Anugerah Seri Angkasa 1989/1990 bagi kategori Pengarah Drama Terbaik tetapi macam biasalah beliau bukan selebriti kegemaran kerajaan.

Dan seperti bola sepak Nasir Jani juga pernah membuat comeback setelah digam lebih 30 tahun di dalam industri seni tanah air. Pada tahun 2017, beliau kembali dengan filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang diadaptasi daripada novel penulis Ramlee Awang Mursyid.

Jadi, jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Nasir Jani yang pernah ditangkap kemudian dimasukkan ke hospital gila dan orang politik yang cuba membunuh seni beliau! Anda boleh mendapatkan buku Pemberontak Filem tulisan Nasir Jani ini.

Terima kasih dan selamat memberontak !

No Comments

Post a Comment