Sabyan Gambus Kumpulan Islamik Indonesia
Tentu saja , artikel ini melibatkan kumpulan Islamik yang terkenal dari Indonesia. Siapa sahaja yang tidak mengenali kumpulan Islamik ini bukan?
Sabyan Gambus adalah sebuah band muzik yang mengembangkan genre selawat modern. Band ini terdiri dari tiga orang anggota iaitu Ayus (vokal), Nissa (vokal) dan Kamal (gitar) Kumpulan ini dibentuk pada tahun 2017, band ini mendapatkan popularitinya dari menyanyikan cover lagu-lagu popular dengan gubahan iringan muzik gambus yang unik dan menarik. Sabyan Gambus telah mendapat banyak perhatian dan penggemar di Indonesia dan juga di luar negara.
Sejarah Sabyan Gambus
Sabyan Gambus didirikan pada tahun 2017 oleh sebuah label musik dari Jakarta, iaitu INEMA. Band ini awalnya terdiri daripada enam orang ahli kumpulan iaitu Nissa (vokal), Ayus (vokal), Wawan, Kamal (gitar), Tubagus Syaifulloh @ Tebe (biola) dan Anisa Rahman. Tetapi ada beberapa ahlinya yang telah keluar dari kumpulan ini dan yang tinggal hanya tiga orang ahli sahaja.
Pada mulanya, kumpulan Sabyan Gambus ini adalah kumpulan muzik yang kerap mengisi acara-acara pesta perkahwinan. Bukan itu sahaja, nama bagi kumpulan “Sabyan” Gambus ini juga telah diambil dari nama anak salah seorang pemain keyboard mereka iaitu Ayus. Kumpulan ini semakin menonjol selepas lagu-lagu yang mereka cover itu mendapat jumlah tontonan yang sangat tinggi. Mereka juga ada mengeluarkan beberapa single dan album mereka. Hasil dari pengeluaran itu, mereka telah membuktikan bahawa, kumpulan Islamik juga mampu mempunyai peminatnya yang tersendiri tidak kira dari Indonesia malah dari serata dunia juga.
Follow dan like Sabyan Gambus di Instagram dan YouTube mereka.