Description
SEMBELIH
Mereka mungkin berteduh di bawah bumbung yang sama. Tapi apa yang mereka rencanakan berbeza-beza. Semuanya bermula selepas ibu mereka ditemui mati di dalam rumah itu.
Amal harus melindungi Maya. Meskipun ketika mayat ditemui, pisau berada di tangan adiknya itu.
Adakah itu Maya? Atau ada dalang sebenar di sebalik semua keanehan ini? Yang pasti, mereka semua sedang menunggu giliran. Menunggu giliran – untuk disembelih.
Aneff Bahrom masih bujang walaupun sudah menginjak suku abad dengan adik-beradik yang sudah mempunyai pasangan hidup masing-masing. Dalam proses untuk merealisasikan ‘things-to-do-before-32’. Mengimpikan untuk memiliki sebuah apartmen studio dan membela seekor munchkin jantan.
Reviews
There are no reviews yet.