Description
Lalang
Lautan Ideologi
Sejarah pergolakan dan perlawanan di dunia ini tidak dapat lari dari idea-idea pembebasan. Seperti yang diperkatakan Hegel, bahawa sejarah dunia adalah sejarah kesedaran akan idea pembebasan.
Dalam lautan sejarah ini, pelbagai idea pembebasan telah muncul malah berlawanan antara satu sama lain. Ada idea yang dipegang erat sehingga mati, sebagai pegangan mutlak yang dipanggil sebagai ideologi.
Setiap ideologi yang lahir ingin membebaskan manusia dari sesuatu. Apakah kita kini, sebagai manusia baharu di atas muka bumi, perlu menggagaskan ideologi baharu? Ataukah sebenarnya kita sudah berada di dunia pasca-ideologi? Di mana kita belajar dari lautan ideologi-ideologi kebenaran. Kebenaran yang rentas ideologi, hanya kebenaran, di mana pun ia berada.
Buku ini merupakan himpunan esei yang memfokuskan hal-hal politik, falsafah, dan ideologi yang akhirnya cuba untuk menjawab persoalan ini.
Reviews
There are no reviews yet.