Radhio Radhikal: Siksa, Dada dan Rock&Roll

Radhio Radhikal: Siksa, Dada dan Rock&Roll

“Aku ini ingin menjadi radio, radio adalah penyampai. Aku ingin menyampai kepada orang ramai anak muda khususnya tentang pengalaman aku, nawaitu aku, suka ragaku dalam kehidupan.” Muhammad Radhi bin Razali, Radhio Radhikal. Sebut sahaja nama Radhi OAG, siapa sahaja yang tidak mengenalinya. Seorang pemuzik yang mempunyai ciri-ciri rockstar sejati dalam dirinya. Radhi boleh dikatakan sebagai seorang pemuzik yang mempunyai bakat yang luar biasa. Bagi yang tidak mengenali atau baru sahaja ingin mengenali Radhi, dia merupakan pemuzik pertama yang menaikkan scene indie di negara kita ini. Radhi dan kumpulan OAG ini lah merupakan bapa indie di Malaysia. Namun, orang ramai hanya nampak kejayaan Radhi sahaja. Mereka bahkan tidak mengetahui jalan hidup yang terpaksa Radhi jalani sebelum-sebelum ini.

Dari situ, terbitlah sebuah buku yang bertajuk Radhio Radhikal ini. Sebuah perjalanan hidup pahit manis Radhi yang bergelar seorang insan di muka bumi ini diabadikan dalam sebuah buku. Segala cerita dan perasaan Radhi telah diluahkan di dalam buku ini seperti dari awal kelahirannya, keluarganya, awal penglibatannya dalam bidang muzik dan juga penglibatannya dalam dunia dadah. Ada juga beberapa penulisannya di dalam buku ini menunjukkan luahan hati seorang Radhi semasa dia berada di dalam bidang muzik ini. Sebelum adanya buku ini, orang ramai mungkin mengetahui kisah Radhi hanya pada dasarnya sahaja. Apabila buku ini diterbitkan, setiap orang bahkan peminat tegar Radhi dan kumpulan OAG sekalipun yang membacanya, kita akan tersedar bahawa masih banyak lagi perkara yang kita tidak tahu tentang Radhi selama ini. Masih banyak perjalanan hidup Radhi yang sebelum ini kita tidak pernah terfikir pun bahawa dia pernah alami perkara tersebut.

Buku ini benar-benar telah membuka mata pembaca yang membacanya untuk mengetahui perjalanan hidup sebenar seorang insan yang bernama Radhi. Apabila membaca buku ini, baru kita tahu sebenarnya tak mudah untuk Radhi berjuang dalam semua perkara. Di dalam buku ini, Radhi menyentuh banyak perkara salah satunya yang paling besar adalah dunia muzik yang diceburi olehnya yang mana salah satunya merupakan muzik indie. Radhi memberitahu apa maksud sebenar indie menurutnya menurutnya dan perjalanan hidupnya dalam mengangkat scene indie di malaysia pada suatu ketika dahulu. Dalam pada itu, Radhi juga menjelaskan dari awal sampai akhir penglibatannya dalam dunia dadah. Dari permulaan Radhi mengambil dadah, saat dia mula sedar bahawa dia harus membuat perubahan supaya badannya tak menjadi semakin rosak dan pada saat dia bersungguh-sungguh untuk meninggalkan dunia dadah dengan masuk ke sebuah tempat yang bernama rumah Pengasih.

Pada pendapat peribadi, buku ini sangat bagus dan boleh dikatakan berguna kepada pembaca yang membacanya. Selain mengetahui perjalanan hidup Radhi apabila membacanya, kita juga secara tidak langsung akan mendapat pengajaran dan semangat untuk berjuang dalam perkara yang kita minati daripadanya. Selain itu, buku ini juga buat kita terfikir sejenak bahawa kita tiada hak untuk menjatuhkan sesebuah hukuman itu kepada seseorang individu tanpa mengetahui perjalanan sebenar hidup seseorang. Bukan itu sahaja, kita juga dapat mengetahui perjalanan sebenar hidup seseorang. Bukan itu sahaja, kita juga dapat mengetahu sedikit sebanyak tentang scene indie dan bagaimana Radhi menaikkan scene ini dalam industri muzik di malaysia.   Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku Radhio Radhikal.

Hidup Bapa Indie! Radhi OAG!

No Comments

Post a Comment