Shop

Radhio Radhikal: Seksa, Dada, dan Rock n Roll – Radhi OAG

(1 customer review)

RM35.00

21 in stock

SKU: 978-967-0993-10-2 Category: Tags: , , , , , , ,

Terjebak dengan dadah Radhi mula bangun dan bangkit melawan, Radhi berani membuka cerita hitamnya demi untuk menginspirasi anak muda agar bangun dan teruskan kehidupan. Selain dari itu buku ini juga menjawab beberapa perkara, tentang album OAG bahasa Melayu yang pertama, mengapa mengubah haluan, maksud disebalik Nawaitu, Punk dan Alternatif, apakah itu muzik indie dan bermacam-macam lagi perkara yang dikongsi oleh Radhi.

Radhi penyanyi dan pencipta lagu kumpulan band OAG menghasilkan bukunya yang pertama yang bertajuk Radhio Radhikal. Radio (Radhio) bermaksud penyampaian, Radikal (Radhikal) adalah cara seni Radhi berfikir dan menyampaikan hasil seninya kepada pendengar muzik.

Buku ini diceritakan tentang kehidupannya yang tak pernah diceritakan Radhi kepada sesiapa, siapa tahu pengaruh muzik Radhi sebenarnya bermula dengan muzik dari Michael Jackson.

 

Weight 0.25 kg
ISBN

978-967-0933-10-2

1 review for Radhio Radhikal: Seksa, Dada, dan Rock n Roll – Radhi OAG

  1. Syed Shahrom Wafa

    Tidak seperti buku The OAG Story yang lebih menceritakan berkenaan perjalanan band beliau OAG, buku ini lebih bersifat peribadi buat figura penting landskap muzik indie tempatan ini. Buku yang menceritakan perjalanan hidup beliau dari kecil hingga apa yang kita kenali beliau kini.

    Boleh dikatakan beliau antara individu penting yang mempelopori genre muzik alternatif berbahasa Melayu di Malaysia, yang telah membuka jalan baru buat pemuzik lain memperkembangkan lagi aliran seni yang mempunyai potensi yang cukup besar ini. Walaupun pada permulaannya kedengaran sedikit janggal & pelik, namun ternyata ianya suatu pembaharuan yang amat berbaloi & ditunggu-tunggu oleh penggemar & pengikut setia muzik Malaysia.

    Segala kisah jerih-perih di sebaliknya untuk ke arah itu, yang diceritakan oleh beliau ini pasti mendatangkan senyuman buat pembaca jika turut berkesempatan untuk bersama ketika zaman itu. Sememangnya satu zaman yang indah sekiranya anda pengikut setia muzik aliran alternatif.

    Dan untuk kisah yang lebih peribadi yang bagusnya sudi diceritakan, beliau tidak segan silu mengakui berkenaan masalah ketagihan beliau. Masalah yang pada akhirnya menyebabkan beliau dimasukkan ke Pengasih, pusat pemulihan penagih di Kuala Lumpur. Ini pertama kali kisah seumpamanya saya baca dari mana-mana buku. Semestinya satu pengalaman berharga buat beliau yang boleh dijadikan iktibar oleh kita supaya menjauhi najis dadah ini dari diri sendiri dan orang sekeliling.

    Kisah hidup insan yang menarik, namun terlalu pendek penceritaannya. Semoga akan ada lagi buku seterusnya dari beliau. Dan semoga Radhi OAG terus sukses dalam hidupnya. Sentiasa belajar dari kesilapan & jalan terus kerana kita semua manusia tiada yang sempurna.

    Siapa boleh jangka sekiranya kesusahan itu bakal menjelmakan hikmah yang terbesar untuk dirinya. Album solo yang menginsafi & mencengkam jiwa mungkin?

    Dan mana tahu menjadi kenyataan juga impian beliau untuk tubuhkan band projek dengan Jamal Abdillah, Zamani Slam dan Megat ACAB, alumni Pengasih yang lain? Sama-sama kita tunggu 😊

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *