Shop

Kitab Grafik Di Kala Pandemik Sejagat

RM40.00 RM35.00

Buku ini mendokumentasikan kejadian sejarah negara kita menentang Covid-19. Diwaktu darurat kali pertama negara kita, askar dan polis adalah barisan hadapan menentang komunis. Musuh yang boleh dilihat untuk kita hapuskan, kali ini musuh tidak kelihatan malah pakar tidak cukup kenal akan musuh baru ini.

Buku ini disampaikan dalam bentuk grafik, lakaran dan gambar kejadian-kejadian yang berlaku ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan). Kejadian sejarah yang dilakarkan dari kejadian sebenar ahli politik, frontliner juga rakyat biasa. Ada kejadian lawak, sedih dan juga perkara yang tak terlintas dari otak kita berlaku sepanjang PKP 2020.

Buku ini sesuai disimpan sebagai bahan sejarah kejadian hitam yang berlaku di negara kita. Simpan buku ini buat kenangan, simpan untuk generasi hadapan belajar menghindari kejadian ini dari berlaku lagi.

Review dari: Izzat Amir, Ketua Editor Rabak-Lit.

20 in stock

“Tahun yang dinanti-nantikan. Akhirnya, tahun ini kita mencapai Wawasan 2020 yang diilhamkan Tun Mahathir sekitar tahun 1991. Tahun ini juga Olimpik Tokyo dah siap sedia untuk meluncur. Tahun 2020 macam cantik nombornya, kan?

Hampir semua orang di dunia, dari kanak-kanak kecil hingga yang dewasa tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan besar-besaran sejenis virus yang membunuh. Ia menyerang tidak mengenal bangsa, kasta atau cuaca. Bermula tahun 2020, hampir setiap hari nama Corona Virus atau Covid-19 disebut-sebut di media massa. Di internet dan di mana sahaja. Kalau nak bercerita mengenainya, ia seperti menjual berita basi, redundant…tetapi tetap relevan sampai saat ini”

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kitab Grafik Di Kala Pandemik Sejagat”

Your email address will not be published. Required fields are marked *