POLITIK DAN BAND ROCK N’ ROLL

POLITIK DAN BAND ROCK N’ ROLL

Wahai anak muda, untuk lebih memahami dan lebih enjoy situasi politik negara sekarang adalah dengan mendengar lagu-lagu dan menghayati lirik dari band-band ini. Nescaya kau tidak akan sesat dan pandai membezakan mana yang buruk dan mana yang lagi buruk.

Muzik adalah penghantar propaganda berkesan untuk menyampaikan perjuangan. Dahulu muzik seperti ini bukan sahaja muzik yang sedap didengar sahaja, mereka menggunakan seni atau perkara pop culture untuk memperjuangkan hak-hak dan kebebasan yang mereka inginkan.

Ini adalah senarai band yang mempengaruhi pemikiran dah membebaskan aku dari sang penguasa. Lirik dari band-band ini adalah fahaman aku memahami maksud mereka, it could be anything. Inilah kelebihan seni berbunga, kita boleh berdiskusi mengikut kerfahaman kita dari ayat-ayat mereka ini.

Anti Flag

Band Amerika Punk Rock, pejuang human rights berhaluan kiri. Apa sahaja demi kebebasan diperjuangkan oleh mereka. Tapi ada kadang mereka over sedikit dalam hal kebebasan bersuara ni sampai semua pemimpin yang dipilih semuanya salah.

U2SUNDAY BLOODY SUNDAY

Ohhh ini lagu yang kau jatuh wajib dengar. Band dari Ireland ini memang lantang bersuara terutama tentang pemimpin yang condong ke arah peperangan. Bono frontman U2, sejak beberapa tahun ini banyak mendiamkan diri mungkin faktor usia yang semakin tua semakin menyokong pemimpin yang menggunakan agama untuk meraih sokongan. Atau mungkin juga sibuk maki hamun anak dia berlakon macam haram dalam filem Robin Hood 2018.

Anthrax

Thrash Metal (rasanya) aku tidak pasti nak labelkan kerana aku bukan peminat tegar Metal. Tapi lirik dia aku baca macam baca puisi, panjang dan tidak berulang banyak kali. Ahli politik ini ada satu kegilaan walau dia baik macam mana sekalipun (hal baik tu aku sendiri tambah) mereka tak lepas dari mengeluarkan cadangan untuk berperang, kerana perang itu adalah talian hayat untuk memastikan ekonomi negara berkembang. Lirik mereka ada memberi nasihat kepada ahli politik, tapi cara merekalah, kena maki FU*K dulu, baru nasihat.

Marilyn Manson

Ini Metal i like, ini pejuang kebebasan anak muda yang sebenar. Lirik dia banyak mempersoalkan kenapa orang tua dan ahli politik suka buat peraturan pelik untuk remaja. Menghalang kebebasan orang muda. Kau wajib tonton Michael Moore temuramah Marilyn Manson dalam dokumentari Bowling for Columbine, “Orang politik, ketua agama, badan NGO dan orang-orang yang konon menjadi ahli pemikir untuk kebaikan anak muda selalu memberi pendapat dan mengeluarkan idea apakah kebaikan untuk anak muda, tetapi pernahkah mereka ini bertanya sendiri kepada anak muda? Mahukah mereka melantik wakil dari anak muda untuk mewakili pertubuhan mereka untuk menyatakan apakah keperluan dan keinginan anak muda?” -Marilyn Manson- Sehingga kini dia amat ditakuti oleh ahli politik yang berat ke arah agama Catholic dan kem Donald Trump.

Rage Against The Machine

Malaslah aku nak terangkan, semua orang tau pasal band ni. Nama band pun dah ajak kau lawan kegilaan penguasa yang memegang kuasa. Tapi aku tambah sikitlah demi nak masukkan dalam website. Zack The La Rocha menjadikan penulisan George Orwell sebagai rujukan lirik mereka, cara tunjuk perasaan yang unik pernah mereka lakukan di Wall Street New York dengan membuat persembahan lagu Sleep Now In The Fire. Boleh dikatakan semua album mereka bersifatkan politik berjaya menarik golongan pelajar Amerika untuk mengambil tahu hal masalah dunia. Sampailah wujud era Justin Bieber, zaman pelajar berfikiran idealist juga hampir pupus terus.

Pink Floyd

Brick In The Wall, selain mengkritik bagaimana cikgu di sekolah yang mempunyai perangai menjadi pembuli secara tidak langsung, Pink Floyd memberi pendapat sekolah elit yang mencipta pemimpin berperangai elitist mengamalkan sistem berat sebelah. Silibus pendidikan yang bagus hanya diberikan kepada sekolah private school, iaitu sekolah untuk anak orang kaya. Dari sekolah jenis ini yang mencipta pemimpin. Pastinya bakal mencipta peminpin yang langsung tidak memahami kesusahan rakyat biasa. Sistem pendidikan ini tidak telus dan tidak terbuka, ditapis ilmunya mengikut sekolah orang kaya dan sekolah kawasan orang miskin.

Penulisan:

Izzat Amir @heyizzat

No Comments

Post a Comment