Penulis Rabak-Lit: Nasir Jani

Penulis Rabak-Lit: Nasir Jani

Siapa kata jiwa pemberontak hanya ada pada orang muda? Orang tua juga ada sifat memberontaknya juga. Namun tua bukan sebarang tua, insan yang tua ini merupakan Otai dalam industri seni tanah air kita. Otai yang dimaksudkan ini adalah seorang pengarah filem, penulis dan juga pelakon iaitu Nasir Jani. Kariernya bermula pada tahun 1983 iaitu melalui filem beratjuk Mekanik dimana beliau memainkan peranan sebagai pengarah seni. Seterusnya, beliau juga menjadi pengarah seni bagi filem Matinya Seorang Patriot. Pada tahun 1986 pula, beliau telah mengarah filem Kembara Seniman Jalanan lakonan Datuk M.Nasir. Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk berehat dari layar perak buat seketika biarpun pada ketika itu boleh dikatakan sebagai zaman kegemilangannya.

Walaupun dikenali sebagai seorang pengarah yang mempunyai sifat panas baran, Nasir Jani telah banyak menghasilkan karya-karya yang menarik seperti Kembara Seniman Jalanan, Rozana Cinta ’87 dan beliau juga berkerjasama bersama pengarah dari Australia iaitu Seth Larney dalam menghasilkan filem Tombiruo: Penunggu Rimba. Namun begitu, terdapat beberapa isu panas berkaitan filem ini seperti isu pengarah dan juga beberapa isu sensitif yang lain. Lebih banyak lagi isu yang telah beliau sebutkan. Semuanya diluahkan melalui penulisannya di dalam sebuah buku berjudul Pemberontak Filem. Bukan itu sahaja, di dalam buku ini juga, tertulisnya pelbagai kontroversi yang dilakukan oleh Otai, Nasir Jani di dalam industri seni tanah air kita. Dalam pada itu, beliau juga telah menulis sebuah buku berjudul Cetak Rompak Kepala Bapak.

Sudah semestinya beliau mempunyai sebab-sebab tersendiri mengapa hadirnya sifat rebel ini dalam diri beliau. Melalui buku ini juga, beliau berjaya menurunkan sedikit ilmu kepada sesiapa sahaja yang ingin memulakan karier atau kepada sesiapa yang ingin menjejakkan kaki ke dalam dunia perfileman. Sifat yang ada pada beliau ini seharusnya dicontohi kerana sifat ini sukar didapati pada orang lain. Beliau telah mengajar apa itu erti berani kerana benar. Tegak dengan pendiriannya ketika mengujarkan kata fakta itu merupakan salah satu sikap yang ada pada Otai, Nasir Jani.

Semoga Nasir Jani berjaya mengubah masa depan seni tanah air kita!

No Comments

Post a Comment