Pelancaran Buku Penerbitan Rabak-Lit

Pelancaran Buku Penerbitan Rabak-Lit

Rabak-Lit, adalah penerbitan buku lokal bercirikan penerbitan buku bebas, radikal dan pop-culture. Bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, tahun ini Rabak-Lit menerbitkan tiga buku terbarunya bertajuk Radhio Radhikal penulis Radhi OAG, Pemberontak Filem penulis Nasir Jani dan Wannabe Sasau Jack Malik.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bermula pada 29 March hingga 7 April 2019 bertempat di PWTC, adalah pesta buku yang paling berprestij dan terbesar dalam Negara. Pesta buku peringkat antarabangsa ini sering menjadi acara tumpuan penerbit dalam dan luar Negara untuk melibatkan diri sebagai pempamer buku dan karya mereka.

 Walaupun sudah hampir tiga tahun penyertaan syarikat penerbitan berkurangan, tahun ini adalah tahun bangkit kebangkitan industri buku Negara dengan adanya pelbagai kempen, program dan gerakkerja agreasif dijalankan oleh pemain industri dan syarikat penerbitan lokal.

Oleh itu pastinya Rabak-Lit ingin memainkan peranan dalam kebangkitan ini dengan mengeluarkan karya-karya buku ini.       

Radhio Radhikal: Seksa, Dada dan Rock & Roll | Penulis – Radhi OAG

Buku ini adalah buku yang ditulis sendiri oleh King Of Indie Music Negara, Radhi OAG. Buku ini adalah buku beliau yang pertama. Radio (Radhio) bermaksud penyampai, Radikal (Radhikal) adalah cara Radhi berfikir dan menyampai hasil seninya kepada pendengar muzik. Buku ini menceritakan tentang kehidupannya yang tidak pernah diceritakan oleh Radhi kepada sesiapa, siapa pernah tahu pengaruh muzik Radhi sebenarnya bermula dengan Michael Jackson.

Terjebak dengan dadah Radhi mula bangun dan bangkit melawan, Radhi berani membuka cerita hitamnya demi untuk menginspirasi anak muda agar bangun dan teruskan kehidupan. Selain dari itu buku ini juga menjawab beberapa perkara, tentang album OAG bahasa Melayu yang pertama, maksud disebalik lagu Nawaitu, Punk dan Alternatif, apakah itu muzik indie dan bermacam-macam lagi perkara yang dikongsikan oleh Radhi.

Pemberontak Filem: Rebel With A Cause, Without Pause | Penulis – Nasir Jani

Buku ini tentang pandangan Nasir Jani terhadap seni filem. Memahami pemikiran beliau membuatkan kita lebih dekat dengan gelora yang berlaku dalam dunia filem tempatan. Peminat filem Negara siapa yang tidak menonton filem Kembara Seniman Jalanan dan Tombiruo, pengarah kedua-dua filem ini sudah menulis tiga buku sejak 3 tahun yang lalu. Kali ini penulisan buku Nasir Jani lebih mendalam dan kritikannya terhadap sesuatu intitusi perfileman lebih keras.

Sering disifatkan sebagai seniman yang melawan dan memiliki ‘kemarahan’, maka dengan buku ini, kita boleh menyematkan gelaran Pemberontak Filem ke dada beliau. Selain tentang kemarahan beliau pada filem Negara, buku ini ada juga menceritakan pengalaman beliau dalam mengarah filem Tombiruo. Malah beliau akan membuka cerita pertama kalinya tentang perkara yang terjadi kepada beliau semasa mengarah filem Tombiruo. Buku ini juga menampilkan U-Wei dan Namron sebagai penulis prakata, manakala Madnor Kassim dan Al-Jafree Md Yusop sebagai pemberi pendapat tentang karya Nasir Jani.

Wannabe Sasau | Penulis – Jack Malik

Jack Malik adalah anak graduasi Universiti Rabak yang berpusat di Ipoh. Kata-katanya tajam di atas pentas, kini penulisannya yang puitis bercampur radikal pasti membuatkan pembaca terkesan. Buku Wanabe Sasau adalah buku puisi yang bermain dengan kata-kata bebas, bebas melepaskan segala apa yang ingin dilepaskan, tidak mahu terbeban simpan dirak hati yang paling atas. Jack tak segan menzahirkan sanjungannya kepada AGI serta penulis-penulis dari Beat Generation seperti Kerouac dan Ginsberg. Detik-detik Jack berjaya mengahwinkan penulisan mereka dalam penulisan dan karya-karyanya amatlah heartening.

Membaca karja-karya Jack mengingatkan saya pada saat-saat saya menemukan puisi buat kali pertama; keterujaan berjumpakan suatu cara perluahan diri yang sangat mengasyikkan. Beliau mengingatkan saya pada keseronokkan menulis dan berpuisi, tanpa melupakan niat dan halatuju berkarya

Jamal Raslan
No Comments

Post a Comment