OLD AUTOMATIC GARBAGE dan ROCK N ROLL

OLD AUTOMATIC GARBAGE dan ROCK N ROLL

Sekiranya Tun Mahathir adalah Bapa Pemodenan Malaysia, OAG di dalam industri seni tanah air pula lebih dikenali sebagai Bapa Indie Malaysia. OAG atau Old Automatic Garbage ditubuhkan pada tahun 1992 dengan genre tersendiri iaitu “60’s Crunchy Pop Fuzz”.

Pada awalnya OAG hanya dianggotai oleh Radhi, Chi, Ivan dan Lam. Tetapi sehingga ke hari ini OAG telah dianggotai lebih daripada 20 ahli dan saling bertukar ganti. Untuk pengetahuan anda, Naza dan juga Alim dari band The Times juga dahulu merupakan anggota OAG.

https://www.youtube.com/watch?v=PWkkEJkle6M

OAG lebih lebih sinonim dengan muzik underground mereka sebelum dilamar oleh Paul Moss dari syarikat rakaman Positive Tone yang sebelum ini pernah membawa nama besar seperti Too Phat, Pop Shuvit, Ruffedge, Poetic Ammo, Juliet The Orange dan ramai lagi di bawah mereka.

Selain pernah mendapat anugerah Ikon Malaysia dalam kategori kumpulan dan seterusnya menjadi wakil Malaysia dalam peringkat Ikon Asean, OAG yang pernah hits dengan album pertama mereka iaitu 60’s TV juga pernah memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik dalam AIM 1996.

OAG juga berjaya memenangi anugerah untuk album kompilasi Boys & Girls 1+1= 3. Anggota utama mereka, Radhi juga pernah menarik diri dari OAG dan bergerak secara solo dengan nama Radhi-O. Namun, pada tahun 2016, OAG telah membuat kemunculan semula di dalam indie scene di Malaysia.

Selepas lebih 25 tahun bertapak di dalam industri muzik, OAG pernah mengumpulkan ahli asal mereka iaitu Radhi, Chi (Qi Razali), Lam dan juga Ivan yang kini sudah menetap di Ireland. OAG pada tahun lepas mengumumkan untuk kembali dalam satu gig besar mereka iaitu THE OAG REUNION 🤟🏻 dan ia akan dilakukan hanya sekali sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut kisah Radhi dan OAG, peminat boleh dapatkan buku Radhi Radhio: Seksa, Dada dan Rock & Roll di rabaklit. com

No Comments

Post a Comment