MyCreative Ventures Sdn. Bhd.

MyCreative Ventures Sdn. Bhd.

MyCreative merupakan salah satu cabang pelaburan kerajaan yang bermatlamat untuk meningkatkan industri kreatif tempatan ke tahap yang lebih tinggi menerusi kewangan strategik dan inovatif sama ada dalam bentuk ekuiti ataupun pinjaman.

Diilhamkan daripada pengumuman peruntukan sebanyak RM200juta dari Belanjawan 2012 untuk diperuntukan kepada industri kreatif, MyCreative telah ditubuhkan pada 20 April 2012 dibawah Minister of Finance Incorporated (‘MOF(Inc)’).

MyCreative membuat pelaburan daripada dana yang diperuntukkan dalam perniagaan kreatif Malaysia yang berdaya maju dengan misi untuk mencapai kesan berikut:

  1. Meningkatkan daya tarikan industri kreatif Malaysia yang boleh diukur dengan peningkatan peluang pekerjaan.
  2. Meningkatkan pendapatan kasar daripada industri kreatif Malaysia untuk menyumbang secara signifikan kepada Kadar Negara Produk Domestik (KDNK).
  3. Meningkatkan status industri kreatif Malaysia melalui kesedaran awam dan kesan sosial

RIUH adalah satu subsidiari di bawah MyCreative Ventures dalam usaha untuk melonjakkan industri kreatif di Malaysia. Secara khususnya, RIUH bertujuan untuk merancakkan lagi pembangunan sosio-ekonomi melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seperti gerai-gerai barangan, makanan, bengkel-bengkel kreatif dan persembahan musik serta tarian kebudayaan.

Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya atau lebih dikenali sebagai CENDANA juga adalah dibawah naungan MyCreative Ventures. Ianya membina dan mempromosikan ekonomi seni budaya Malaysia dan bermatlamat untuk meningkatkan seni Malaysia dan mempamerkan keindahannya yang pelbagai di peringkat tempatan, serantau mahupun antarabangsa.

Kriteria dan Syarat-syarat Permohonan

Perniagaan yang diperbadankan di Malaysia dengan modal minimum RM20,000 Modal Saham. Permohonan adalah terbuka kepada syarikat-syarikat yang baru dan juga syarikat yang telah lama beroperasi. Seperti yang dipadu oleh Dasar Industri Kreatif Negara oleh Kementarian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, syarikat-syarikat tersebut perlulah berkecimpung dalam salah satu industri kreatif seperti berikut:

  1. Seni Visual
  2. Seni Persembahan
  3. Muzik
  4. Sastera
  5. Kandungan Kreatif Perfileman, TV dan Permainan Video
  6. Fesyen
  7. Seni Tradisional dan Kebudayaan
  8. Rekabentuk
  9. Pendidikan Kreatif
  10. Seni Kulinari

Butiran lanjut boleh didapati daripada www.mycreative.com.my

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Gina Subki atau Nadia Muadzam

Hal Ehwal Korporat, MyCreative Ventures Sdn. Bhd.

T: 03- 7712 7212 / Gina 012 3177366 / Nadia 012-3782318

F: 03- 7733 7604

E: pr@mycreative.com.my

No Comments

Post a Comment