Motley Crue, Sex Bebas, Dadah dan Rock N Roll

Motley Crue, Sex Bebas, Dadah dan Rock N Roll

Anda kenal Nikki Sixx ? Anggota band Heavy Metal dari Amerika iaitu Motley Crue yang pernah mati disebabkan overdos heroin dan tetapi dalam beberapa minit beliau dilaporkan hidup kembali. Band dari negeri Los Angeles ini ditubuhkan pada 1981, tidak menungggu lama untuk menjadi hits dan digemari peminat Rock N Roll di Amerika mereka pernah dilamar oleh beberapa lebel rekod antaranya Elektra Records, Eleven seven music dan warner music group.

Ahli mereka adalah Nikki Sixx, Tommy Lee, Mick Mars , dan juga Vince Neil. Mempunyai lebih daripada 30 album dan 7 daripadanya mendapat platinum, menjual 100 juta album di seluruh dunia. Motley crue terlalu berpenggaruh bagi metal heads ketika itu. Jika anda pernah dengar tentang kegilaan Rock N Roll pada zaman Ozzy Osbourne (Black Sabbath) sebagai Godfather of Heavy Metal, Motley Crue boleh dilabelkan sebagai Son of Heavy Metal.

Dadah, seks bebas dan alcohol adalah satu kebiasan bagi kumpulan heavy metal ini. Pada November 1987, Nikki Sixx pernah overdos heroin dan disahkan mati ketika dalam perjalanan ke hospital, tetapi paramedik yang membawa beliau dan merupakan fans bagi motley crue memberikan beliau suntikan adrenaline (Epinefrina) di jantung dan Nikki Sixx hidup kembali dalam dua minit. Setelah bangun beliau pulang berjalan kaki ke rumah dan kembali mengambil heroin lagi.

Motley crue adalah simbol Rock N Roll sejati, dadah, sex bebas dan alcohol adalah satu perkara normal didalam Rock N Roll dan Motley crue. Anda boleh menonton filem yang diadaptasi dari kisah perjalanan Motley Crue di dalam Rock N Roll scene di Netflix, The Dirt.

Untuk filem ini, kami berikan 8.5/10

“One time we saw some hookers, but when we got closer we realized it was Motley Crue” James Hetfield (Vokalis Metallica)

No Comments

Post a Comment