Meraikan Kehidupan Brian Deneke Dan Punk

Meraikan Kehidupan Brian Deneke Dan Punk

Anda kenal Brian Deneke ? Aktivis Punk yang di langgar oleh Dustin Camp ketika dalam sebuah pergaduhan sehingga menyebabkan beliau mati, tetapi sehingga ke hari ini kematian beliau tidak diadili dengan adil kerana beliau seorang anak punk.

Brian Deneke merupakan seorang aktivis punk di Amarillo,Texas. Brian aktif membuat gig dan menghasilkan pop art menggunakan papan penanda jalan bersama abang beliau Jason Deneke dan beberapa rakan punk yang lain. Brian juga merupakan vokalis dalam kumpulan The White Slave Trader.

Brian terkenal dengan rambut mohawk hijau dan jaket hitam dengan perkataan “Destroy Everything”.  Pada malam 12 disember 1997, kediaman beliau telah dilanggar dan dirosakkan oleh sekumpulan kawan Dustin Camp. Jadi, Brian dan rakan beliau terus pergi ke tempat Dustin Camp untuk menyelesaikan masalah mereka dan berlaku pergaduhan. Semasa pergaduhan terjadi, Dustin Camp ketika itu di dalam kereta terus datang ke arah Brian dan terus melanggar Brian Deneke lalu mengilis beliau di bawah kereta Cadillac milik ayah beliau. kejadian ini disaksikan oleh semua orang di situ. Perbicaraan mereka di bawa ke Mahkamah dan Dustin Camp  mengaku tidak bersalah lalu dibebaskan.

Jadi, kemanusiaan apakah yang kita pegang hari ini sehingga keadilan hanya terletak pada pemakaian dan memandang golongan. Selepas kejadian ini, lebih kurang 16 lagu di dedikasikan kepada Brian Deneke dan pada tahun 2007, 25 konsert telah dijalankan secara serentak di seluruh kota Amerika dan Kanada dengan Tajuk Tributes to Brian Deneke! Dan jika anda pergi ke Amarillo hari ini, terdapat sebuah muzium yang terdapat lebih 3000 papan tanda dan pop art yang lain hasil daripada seni Brian Deneke dan rakan-rakan punk beliau dan dinamakan sebagai The Dynamita Museum. Cerita ini juga telah diangkat menjadi sebuah filem yang bertajuk Bomb City.

“Kami tidak menggambarkan kematian Brian Deneke, melainkan kami merayakan kehidupannya”
CJ Ramones

No Comments

Post a Comment