Kebangkitan Seni di Lumut

Laman Karya Lumut atau lebih dikenali sebagai LAKAR, adalah pusat kesenian Lumut yang ditubuhkan oleh anak-anak muda Perak. Lokasi ini bukan sahaja tempat pengamal seni berkumpul dan mempersembahkan hasil seni mereka, LAKAR juga menjadi tempat para pencinta Alam untuk menyampaikan kepada pelancong dan orang ramai khususnya penduduk lokal akan pentingnya menjaga alam persekitaran dan menolak terus pencabulan tanah.

Sambutan Merdeka kali ini (2019) acara seni yang dibawakan oleh LAKAR ada kelainan. Tagline “Jangan Biarkan [Sampah] Mencemarkan Kemerdekaan Negara”. Tagline yang membawa maksud tersirat atau tersurat, ianya mengikut setiap individu untuk memahami apakah maksud yang ingin disampaikan oleh mereka. Yang pasti, seni negara kita masih belum bebas walau sudah bertukar kerajaan.

Sastera adalah seni, sastera kini sudah dipolitikkan. Sastera sejarah sudah seperti dijadikan senjata utama dalam mengaitkan hal-hal perjuangan politik. Pertembungan fakta yang mengikut perjuangan masing-masing yang akhirnya untuk mencapai satu matlamat sahaja, matlamat agenda politik.

Sastera Filem, di dalam buku Pemberontak Filem, penulis Nasir Jani menulis akan masalah seni negara yang sampai ke hari ini tidak selesai. Dari royalti hingga ke kebebasan berkarya masih tidak dititikberatkan. Kepentingan seni ini langsung tidak dipandang tinggi oleh golongan berkuasa atau ahli politik. Masih mengaggapkan seni hanya untuk hiburan semata.

Sambutan kemerdekaan sering kali dikaitan tentang peperangan, inilah konsep baru yang dianjurkan oleh LAKAR. Merdekakan seni, seni juga dijadikan alat propaganda oleh penjajah negara suatu masa dahulu. Didalam buku bertajuk Propaganda Visual, penulis Saiful Akram Che Cob menerangkan bagaimana rekaan visual dan lukisan ahli propagandis Jepun dalam cubaan untuk mendapatkan sokongan orang tempatan supaya menyokong tentera Jepun dalam penaklukkan Malaya. Mungkin inilah seni yang perlu dipelajari atau mungkin sebagai ilmu untuk persediaan supaya tidak terjadi sekali lagi penyalahgunaan seni ini.

Peminat seni, pastikan anda hadir ke acara ini nanti pada 30 & 31 Ogos 2019. Perbincangan tentang seni ini pastinya menarik untuk kita bersama. Selain deklamasi puisi, persembahan dari ahli muzik negara seperti Margasatwa, Radiowave dan Miura akan memecahkan pentas batu milik LAKAR. Jualan buku, beratus tajuk buku akan dijual sepanjang acara. Harga khas untuk golongan marhaen, tetapi kualiti buku seperti golongan bangsawan.

No Comments

Post a Comment