HILANGNYA OASIS DI DALAM ROCK & ROLL

HILANGNYA OASIS DI DALAM ROCK & ROLL


Oasis bukanlah nama baru bagi peminat Rock n Roll di Malaysia. Tetapi, mungkin ramai tidak tahu bahawa band dari tanah United Kingdom ini hanya bertahan selama 16 tahun sahaja. Dan untuk pengetahuan anda nyawa bagi band Oasis ini pula terletak pada adik beradik Gallagher iaitu Liam Gallagher dan Noel Gallagher.

Pada awalnya Liam merupakan ketua bagi band The Rain yang ditubuhkan pada 1991, tetapi beliau telah membawa abang beliau iaitu Noel untuk bergabung membentuk Oasis dengan syarat Noel mahu menjadi vokalis utama dan ketua kumpulan bagi Oasis.

 Ketika nama Oasis sedang meningkat naik dengan album keduanya iaitu “Morning Glory” pada 1995 selepas “Definitely Maybe” pada tahun 1994, Oasis telah dilabel sebagai klon kepada band icon iaitu The Beatles kerana penggaruh dalam beberapa lagu Noel yang terinspirasi daripada lagu John Lennon walaupun terdapat beberapa sindir-sindiran di antara adik beradik gallagher dan ahli The Beatles iaitu  George Harisson.

Masuk tahun 2000, bermula lah episod duka dan peristiwa hitam pada Oasis dimana Liam dan Noel sering bertengkar, dan Noel pula popular dengan sikapnya yang cerewet sebagai ketua di dalam Oasis. Selain terlibat di dalam pergaduhan di jalanan dan penggunaan dadah yang ketara, ahli kumpulan utama Oasis iaitu Paul McGuigan dan Paul Arthur juga turut menarik diri dari Oasis dan diganti dengan Gem Archer dan Andy Bell. Drumer yang begitu sinonim dengan Oasis iaitu Alan White juga telah meninggalkan Oasis kerana beliau disuruh keluar oleh anggota Oasis sendiri dan diganti dengan Zak Starkey iaitu anak kepada drummer The Beatles Ringo Star.

Poster Rock En Siene 2009

Klimaksnya, pada tahun 2009 ketika semua Tiket Tour Oasis telah pun Sold Out di Festival Rock En Siene di Paris beberapa minit sebelum Oasis perlu perform di atas pentas telah berlaku pergaduhan yang besar di antara Noel dan juga Liam, kekecohan tersebut telah membuatkan Liam memecahkan gitar Noel dan libasan tersebut dikatakan telah terkena pada Noel.

Lalu, Noel mengambil keputusan untuk meninggalkan Oasis dan bergerak sebagai penyanyi solo. Liam pula telah mengambil keputusan untuk menamatkan Oasis dan membina sebuah band baru dengan ahli yang sama dengan nama Beady Eye tanpa Noel. Sehingga ke hari ini adik beradik gallagher masih tidak kembali bersama dalam Oasis walaupun Liam pernah menyatakan yang beliau sentiasa rindukan Oasis dan berkongsi pentas dengan Noel, dan beliau juga pernah berhasrat untuk menubuhkan Oasis kembali bersama, tetapi beliau beranggapan bahawa Noel Gallagher sudah tidak ada jiwa Rock n Roll.

“ Kami (Oasis) akan menjadi lebih besar daripada The Beatles”
Noel Gallagher
1996

No Comments

Post a Comment