ADAPTASI DARI BUKU KE FILEM ? INDAH KHABAR DARI RUPA ?

ADAPTASI DARI BUKU KE FILEM ? INDAH KHABAR DARI RUPA ?

Mengadaptasi dari sebuah buku menjadi sebuah filem di Malaysia hari ini masih lagi merupakan sebuah perkara yang asing dan langka. Walaupun terdapat juga beberapa buku yang pernah diadaptasi kepada filem seperti Novel Rumah Itu Duniaku karya Hamzah Hussin, Novel Juara karya SN S. Othman Kelantan dan juga Ranjau Sepanjang Zaman karya SN Shahnon Ahmad yang juga pernah diangkat menjadi sebuah filem, malah memenangi Anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-4 pada tahun 1983. Ini menjelaskan bahawa daripada sebuah naskah buku yang berkualiti mampu dijadikan sebuah filem yang mapan apabila ditayangkan kepada umum.

Kepentingan sesebuah karya buku yang dijadikan sebuah filem turut mampu mengangkat budaya setempat, latar masyarakat, malah mendokumentasikan kehidupan dari mata seorang pengarang kepada pengarah filem untuk tatapan dunia luar. Dalam pada itu,  industri yang rancak akan memberikan keuntungan bersama kepada setiap individu yang terlibat secara langsung mahupun dibelakang tadbir tanpa perlu memperkudakan individu lain.

Perbincangan mengenai bagaimana pentingnya menaik taraf sistem pendokumentasian, pengurusan demi pembangunan Industri Kreatif agar terus bernafas serta mendapat perhatian masyarakat akan dibincangkan pada sebuah acara iaitu Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2021 (KLAB 21) yang akan bertempat di Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 11 April 2021 bermula pada tepat jam 4:30 petang. Perbincangan ini akan dijangkakan berlangsung selama 1 jam sahaja.

     Turut hadir adalah beberapa panelis yang paling layak untuk membicarakan hal ini dengan pengalaman yang besar iaitu Pak Nasir Jani yang merupakan pengarah filem legenda iaitu Kembara Seniman Jalanan, malah beliau juga turut terlibat sebagai pengarah filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari sebuah karya Ramlee Awang Mursyid. Panelis kedua pula ialah Nadia Khan yang merupakan penulis novel popular dimana karya beliau iaitu Gantung telah diadaptasi menjadi series dan filem di antara dua buah negara iaitu Malaysia dan juga Indonesia.

Dengan pengalaman yang mahal serta kejayaan yang memberansangkan kedua-dua panelis ini, seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk hadir ke perbincangan “Adaptasi Buku Ke Filem, Indah Khabar Dari Rupa?” ini.

No Comments

Post a Comment